Suami sebagai pemimpin rumahtangga
semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada
kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah
didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan
wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya,
ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah
keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah SWT:
“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana
Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah
menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih
apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam
menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki
adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita
terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam
menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau
umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan
perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik
isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan
sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan
akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang
menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah,
pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil
dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita.
Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan
kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan
ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu
untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan
ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik
isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran
suami.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan
kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran
tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri
sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan
menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan
boleh mencederakan isteri.
Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.
Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.
Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah
rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW.
Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan
dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa
Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh
baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak
menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah
yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran
perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit.
Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Dalam peristiwa yang lain, pernah
Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam.
Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi
salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali
Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya
mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami
sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”
Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita.
Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih
dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan
kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak
dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara.
Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang
sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik
isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang
panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan
berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW
menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk
dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan
Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak
berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi
perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta
kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti
Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat
darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang
dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu.
Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah
mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu
yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat
egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti
Aishah.
Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan
Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan
mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti
Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah
diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya
Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah
melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami
yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa
tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai
hingga menurut saja segala kemahuan isteri.
Di sinilah perlunya ketegasan seorang
suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula
bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak
isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam
sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala
kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut
perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut
sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit
lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap
perasaan marahnya pada suami.
Memang satu sifat yang agar sukar untuk
dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam
ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama
perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana
sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut
taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian
baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan
terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang
yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja
meluap-luapkan perasaan marahnya.
Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.
Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.
Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga,
ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau
perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh.
Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang
sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang
disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya
disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar
untuk menerimanya.
Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.
Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.
Suatu hari isteri-isteri datang menemui
Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai
Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling
Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan
itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua
isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.
Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda?
Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil.
Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya
supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana
mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada
kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya
mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai
persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan
isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda
berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.
Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah
SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan
kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing
untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh
Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang
termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda
pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang
diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri
Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin
tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan
fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan
suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan
berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah,
tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit
jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga
sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter,
jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh
dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima
dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik.
Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka
berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada
perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah
diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan
melupakan perkara tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang
banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu
pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan
seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan
bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan
suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan
sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan
berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah
memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah SAW juga bersabda yang
bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang
solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul,
maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu
corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang
solehah boleh membahagiakan seisi alam.
Sumber: http://www.one-ummah.net/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan