menghayati ayat Al-Quran
surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila
mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine
tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan
mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai
membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini
sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan
bersama semua.....
Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu)
kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba
Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah
di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa
itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan
BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)
[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada
kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu
dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu
kaum yang lebih ramai pasukannya.
[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat
kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan
jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada
diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan
derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk
memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk
memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada
KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah
kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Dan di akhir perbualan kami,
rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun
tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah
bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam
yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang
selayakknya..............
Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu
ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka
dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam
di bumi Palestine.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan