Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Ahad, 13 April 2014

surat kepada pemilik tulang rusuk kiriku


ke hadapan pemilik tulang rusuk kiriku,
ku utuskan surat ini kerana ku ingin kau tahu,
aku tidak mendambakan seorang wanita yang terlalu sempurna,kerana aku tahu mencari yang terlalu sempurna akan membuatkan ku letih. aku cuma memerlukan seorang wanita biasa yang tenang di pandanganku, tidak perlu cantik di pandangan orang.

aku bukanlah MUHAMMAD yang terlalu sempurna, aku juga bukan YUSOF yang mempunyai rupa yang menarik, aku juga bukanlah LUQMAN AL-HAKIM yang baik budi pekertinya, tetapi aku cumalah LELAKI BIASA akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.

ingatlah pemilik tulang rusuk kiriku,
sebelum kita melayarkan bahtera rumah tangga, aku mahu mengujimu dengan beberapa ujian agar kau dapat menjadi srikandiku nanti. agar aku tidak salah memilih, bunga yang bakal aku sunting suatu hari nanti. aku ingin sekali berhubung rapat dengan keluargamu, terutama dengan kedua orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu. namun, setelah aku mendapat peluang itu, akan ku uji keluargamu. kerana aku ingin sekali mahu mengetahui, adakah satu hari nanti andai aku membuat kesilapan, adakah mereka terus membuangku atau akan berada disebelahku untuk menasihatiku. andai mereka masih menerimaku, pilihanku adalah tepat.

kau juga akan ku uji dengan pelbagai cabaran, dan ku harap kau tega menerimanya dengan hati yang terbuka. akan ku tekan mu dengan tekanan yang melampau, agar kau tahu mengawal emosimu. kerana jika tekanan yang ku berikan tidak mampu kau hadapi, bagaimana kau mahu menghadapi tekanan untuk memperjuangkan agama mu, ISLAM yang suci? hidup ini tanpa tekanan dan ujian, kau tidak akan tahu sejauh mana kebolehanmu. ALLAH memberi kita ujian kerana Dia sayangkan kita. dan Dia ingin lihat bagaimana kita menghadapi ujian tersebut dan ALLAH mahu kita sentiasa mengingatinya. adakah kita akan terus melupakanNya atau mendekatiNya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd