Dhuha
menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik
sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha
adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
v
HUKUM SOLAT
DHUHA
Pandangan para ulamak tentang hukum
mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
1.
Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.
Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.
Tidak disunatkan.
4.
Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka
yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka
digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
Pendapat yang paling tepat serta
dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal
sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin.
Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk
mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya
kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh,
dia berkata:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى
وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi
wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan
pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari
setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan
mengerjakan solat Witir sebelum tidur
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada
seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh
umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali
sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus
untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum
apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada
Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ
أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ
شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan
pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari
setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur
sebelum mengerjakan solat Witir.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 722.
v
KEUTAMAAN
MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
q
Ianya Amalan
Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta
ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan
ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu
solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung
jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ
تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ
تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ
بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari
anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan
sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah
sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil
(Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar)
adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan
mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti
dengan dua rakaat solat Dhuha.
- Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa
Qashruha, no: 720.
q
Allah Memberi
Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat
Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan
segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin
Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ
نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah
engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada
permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan
kepadamu sampai akhir siang.
- Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam
Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
q
Mendapat Pahala
Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat
Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan
berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal
terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji
dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ
حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ
كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat
Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid)
untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi),
kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala
sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah
bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.
– Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
q
Ia Solat Bagi Orang
Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk
bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin).
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu
mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang
yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.
-
Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 748.
v
TATACARA
PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
q
Waktu Mengerjakan
Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat
Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja
berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12
minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati
laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong
atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu
Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit).
Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:
Jika
demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu
larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya
larangan saat tengah hari.
Namun demikian waktu yang afdal
adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil
tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:
Daripada Anas radhiallahu’ anh,
dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ
حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ
كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat
Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid)
untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi),
kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…–
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,
no: 535.
Sabda Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang
yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.
-
Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no:
748.
q
Jumlah Rakaat Solat
Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha
paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa
batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah
memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang
dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang
menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan
dan dua belas rakaat.
Daripada Anas bin Malik
radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat
– Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha,
no: 273.
أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ
فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.
Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia
berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat
tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak
menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk
baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan
menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan
solat Dhuha sebanyak lapan rakaat
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.
Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu
Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti
dibawah:
وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا
مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ
,
وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى
سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,
وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ
مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ
لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ
Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani
daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa
solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang
lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai
orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat,
maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha
lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan
barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya
rumah di syurga. –
rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz
mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status
hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub
al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan
oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in
dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah
namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh
al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat
hadis ini dha’if. Wallahu’alam.
Berkaitan dengan dalil yang
menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan
yang tertentu adalah:
مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
كَمْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي
صَلاَةَ الضُّحَى؟
قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.
Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata:
Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat
rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki.
- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 719.
q
Ringkasan Tatacara
Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul
Ihram
3) Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
6) Rukuk
7)
Iktidal
8
Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor
(4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan