Mengekalkan Akhlak Yang Baik
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua
tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan
ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan
orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta
mudah dibawa berunding.”
Riwayat at-Tarmizi
Menjelaskan Hutang Si Mati Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: “ Roh “orang mati “ yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”.
Riwayat Tirmizi
Jangan Kedekut Memberi Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Pintu-pintu Amal Kebajikan Hadith : Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Beriman Kepada Empat Perkara Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah."
Ali r.a
Wasiat Rasulullah Hadith : Dari Thalhah bin Musharrif r.a katanya:”Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa:”Adakah Rasulullah s.a.w berwasiat? Jawabnya :”Tidak!” Aku bertanya:”Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya:”Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran).”
(Muslim)
Sunat Bagi Yang Sanggup Hadith : Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.”
(Muslim)
Solat Jenazah Hadith : Dari Abdullah bin Abbas, r.anhuma, katanya; aku ada mendengar Rasul s.a.w, bersabda “ mana-mana orang Islam (lelaki atau perempuan) yang mati lalu disembahyangkan jenazahnya oleh 40 orang lelaki yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain nescaya Allah kabulkan doa permohonan mereka mengenainya”.
Riwayat Muslim
Panduan Bagi Orang-orang Yang Ditimpa Bencana Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a
Menghormati Binatang Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengacukan kepada saudara Islamnya dengan sebarang senjata yang membahayakan maka sesungguhnya Malaikat akan melaknatnya, sekalipun yang diacukan kepadanya itu saudaranya yang seibu sebapa."
Abu Hurairah r.a
Kepentingan Menjaga Solat Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi
Perihal Jin Hadith : Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".
Abu Zar r.a
Menjauhi Segala Bentuk Syirik Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.”

Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad
Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya Dihidupkan Semula Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak habis umur dunia ini sehingga bangsa Arab dan pengikut-pengikutnya dikuasai oleh seorang dari ahli rumahku, yang namanya menyamai namaku"; (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud - ada disebutkan: "Yang namanya menyamai namaku, dan nama ayahnya menyamai nama ayahku").
Abdullah bin Mas'ud r.a
Mukjizat Rasulullah S.a.w Hadith : Dari Anas r.a katanya:”Dibawakan kepada Nabi s.a.w sebuah bejana (bekas) waktu itu baginda di Zaura’. Lalu baginda letakkan tangan baginda di dalam bejana itu. Maka keluarlah air daripada anak-anak jari baginda. Lalu orang ramai pun berwudhuk. Qatadah pun berkata:”Saya berkata kepada Anas :”Berapa ramaikah kamu ketika itu? Jawab Anas:”Tiga ratus atau lebih kurang tiga ratus.”
(al-Bukhari)
Antara Tanda-tanda Kiamat Hadith : Dari Anas r.a katanya:”Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.”
(Bukhari)
Balasan Di Dalam Neraka Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat, dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yang bercakap, lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyiksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, dan orang-orang yang membuat gambar".
Abu Hurairah r.a
Haidh Ketika Haji Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Kami pergi bersama-sama nabi s.a.w, tiada niat kami selain haji. Setelah kami sampai dekat Sarif) tiba-tiba aku haidh. Ketika nabi s.a.w masuk ke dalam khemahku, didapatinya aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya:”Apakah kamu haidh?” Jawabku:”Benar Ya Rasulullah.” Sabda beliau :”Haidh adalah perkara yang lumrah bagi puteri-puteri Adam. Kerana itu kerjakanlah apa yang seharusnya dikerjakan oleh orang haji kecuali tawaf di Baitullah sehingga engkau mandi (suci) lebih dahulu.” Kata Aisyah:”Kemudian beliau menyembelih lembu untuk korban para isterinya.”
(Muslim)
Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka Hadith : Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”
(Muslim)
Perwatakan Rasulullah S.a.w Hadith : Dari Bara’ r.a katanya:”Rasulullah s.a w adalah orang yang paling elok mukanya dan amat baik perawakannya. Baginda tidak tinggi dan tidak juga rendah.”
(al-Bukhari)
Sunnah Rasulullah S.a.w Hadith : Dari Anas r.a mengatakan;” Nabi s.a.w berwudhuk setiap kali beliau hendak sembahyang” Bertanya Amr bin Amir kepada Anas,:”Bagaimana yang anda sendiri lakukan?” Jawab Anas:”Kami cukupkan saja wuduk yang telah ada, selagi belum berhadath.”
(al-Bukhari)
Ujian Menghapuskan Dosa Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
Abdullah bin Mas'ud r.a
Kesabaran Allah Swt Hadith : Dari Abdullah bin Qais r.a katanya: “ Rasulullah saw bersabda:”Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan sekalain Allah Taala. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu) atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka minta.”
(Muslim)
Hutang Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
Riwayat al-Baihaqi
Kemuliaan Bumi Madinah Hadith : Dari ‘Ashim r.a katanya:”Saya bertanya kepada Anas:”Adakah Rasulullah menjadikan Madinah suatu Tanah Suci?” Jawabnya:”Ya, iaitu dari sini sampai ke sana, tidak boleh ditebang pohonnya. Siapa yang mengada-adakan di situ perbuatan yang bukan-bukan nescaya memperolehi kutukan Allah, kutukan malaikat dan seluruhnya.”
(Bukhari)
Allah Maha Pengampun Hadith : Dari Abu Ayyub al-Ansori r.a, dari rasulullah s.a.w sabdanya:”Seandainya kamu sekelian tidak mepunyai dosa sedikit jua pun yang patut diampuni Allah, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum yang penuh dosa untuk diberikan-Nya ampunan bagi mereka.”
(Muslim)
Keutamaan Di Saf Pertama Hadith : Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”Rasulullah s.a.w menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata:”Luruskan barisanmu, jangan bengkok-bengkok kerana barisan yang bengkok, nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya.”
(Muslim)
Jangan Benci Wanita Mukminah Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya.”

Kepentingan Berkasih Sayang
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan
tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”
Riwayat Abu Daud
Mengqadha’ Puasa Orang Yang Telah Meninggal Hadith : Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w katanya:”Ibuku meninggal. Sedangkan dia mempunyai hutang puasa selama sebulan. Bagaimana?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Bagaimana pendapatmu andaikata dia mempunyai hutang terhadap seseorang, adakah engkau bayar?” Jawab wanita itu,:”Tentu ya Rasulullah!” Sabda Rasulullah s.a.w :”Hutang kepada Allah lebih patut dibayar.”
(Muslim)
Di akhir Zaman Nanti Hadith : Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seseorang bertanya:”Apakah haraj itu, ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!” (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah menggambarkan terjadnya suatu pembunuhan.”
(Bukhari)
Keberkatan Doa Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."
Abu al-Darda' r.a
Pergerakan Di Dalam Solat Hadith : Dari Mu’aiqib r.a katanya, nabi s.a.w pernah berkata tentang menyapu tempat sujud ketika solat untuk meratakan atau membersihkannya. Sabda baginda:”Jika memang diperlukan, boleh dilakukan sekali sahaja.”
(Muslim)
Setiap Penyakit Ada Penawarnya Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)
Tafsiran Mimpi Hadith : Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.”
(Bukhari)
Hanya Yang Terbaik Hadith : Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Nabi s.a.w melarang menjual buah-buahan sebelum nyata baiknya.” Ketika itu nabi ditanya tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘baik’, baginda menjawab,”Hendaknya buah-buahan itu tidak lagi terkena penyakit.”
(al-Bukhari)
Puasa Bulan Syawal Hadith : Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”
(Muslim)
Sepuluh Pertama Bulan Syawal Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Apabila Rasulullah s.a.w hendak iktikaf pada sepuluh yang akhir bulan Ramadhan, baginda solat Subuh terlebih dahulu, sesudah itu barulah baginda masuk ke tempat iktikaf, iaitu sebuah bilik kecil yang dibuatkan khusus untuknya. Baginda bermaksud hendak iktikaf selama sepuluh akhir bulan Ramadhan. Tetapi Zainab minta dibuatkan pula bilik kecil untuknya, begitu juga para isteri baginda yang lain. Maka dibuatkan orang semuanya. Ketika Rasulullah s.a.w solat Subuh, dilihatnya banyak bilik-bilik kecil berderet-deret. Lalu baginda bersabda:”Kebajikan bagaimanakah yang kalian inginkan?” Lalu baginda perintahkan supaya bilik-bilik itu dirobohkan semuanya dan baginda kurangkan iktikafnya pada Ramadhan itu dan menggantinya dengan iktikaf pada sepuluh awal bulan Syawal.”
(Muslim)
Tertinggal Tapi Berganti Hadith : Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Apabila Rasulullah s.a.w luput solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.”
(Muslim)'
Hakikat Orang Yang Miskin Hadith : Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah orang miskin, orang yang pergi dari rumah ke rumah, dia dapat ditolak oleh sesuap dan dua suap makanan, sebiji kurma dan dua biji kurma. Akan tetapi orang yang miskin itu ialah orang yang tidak memperoleh kecukupan yang dapat mencukupkan keperluannya dan tidak diketahui orang tentang kemiskinannya yang menyebabkan orang memberi sedekah kepadanya. Dan dia pula tidak pergi meminta ke sana ke mari (tidak mengulang-ulangi permintaannya kepada orang lain). ”
(al-Bukhari dan Muslim)
Berpada-pada Dalam Bersedekah Hadith : Hakim Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada orang yang engkau tanggungi. Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah memberikan kecukupan untuknya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Membaca Ummul Kitab Hadith : Daripada Ubadah bin as-Samit r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sesiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak membaca padanya Fathatul Kitab maka solat itu kurang, kurang, tidak sempurna.”
Muslim dan Abu ‘Uwanah
Jangan Kedekut @ Tamak ! Hadith : Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Pemergiannya Satu Istirahat Hadith : Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :“Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab : “ Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Berpuasa Dalam Musafir Hadith : Jabir Ibn Abdillah r.a berkata : “Rasulullah SAW berada dalam salah satu perjalanan, maka baginda melihat orang berkerumun dan baginda melihat seorang lelaki telah dinaungi. Keran itu baginda bertanya: “Mengapa orang ini?” para sahabat menjawab: “Dia berpuasa.” Mendengar hal tersebut Nabi bersabda: “Bukanlah kebajikan, berpuasa dalam safar (perjalanan).”

Mencium Isteri Tidak Membatalkan Puasa
Hadith :
Aisyah r.a
berkata : “ Sesungguhnya Rasulullah SAW sering mencium isteri-isterinya
sedangkan baginda sedang berpuasa. Kemudian Aisyah tertawa.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Larangan Berpuasa Sehari Semalam Hadith : Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Nabi SAW bersabda : “Jauhkanlah diri mu dari berpuasa siang malam. Dua kali nabi berkata demikian. Seorang sahabat berkata: “Engkau Ya Rasulullah, berpuasa siang malam. Nabi SAW menjawab: “ Saya bermalam sedangkan Tuhan ku memberi makan dan memberi minum. Kerjakanlah apa yang mudah kamu kerjakan, jangan kamu memberatkan diri.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Nabi Menerima Hadiah Dan Menolak Sedekah Hadith : Abu Hurairah r.a berkata : “Adalah Rasulullah SAW apabila dibawa kepadanya sesuatu makanan baginda pun menanyakan tentang makanan itu apakah ia hadiah atau sedekah? Maka jika dikatakan sedekah berkatalah nabi kepada para sahabat: “Makanlah kamu.” Sedangkan baginda sendiri tidak memakannya. Dan jika dikatakan hadiah, nescaya baginda memegangnya dan memakannya bersama-sama mereka.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Tamak Mengundang Mudarat Hadith : Abu Said al-Khudri menerangkan bahawasanya Nabi SAW pada suatu hari duduk di atas mimbar dan kami duduk di sekitarnya. Maka nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara yang aku takut terhadap diri mu sesudah wafat ku ialah kemewahan yang diberikan kepada mu. Iaitu kemewahan dunia dan hiasannya. Maka seorang lelaki berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kebaikan itu mendatangkan kejahatan? Maka nabi berdiam diri. Kerana itu seseorang berkata kepada orang tersebut : “Mengapa kamu? Apa urusan mu? Engkau bertanya kepada nabi, baginda tidak mahu menjawab. Kemudian kami melihat bahawasanya nabi sedang diturunkan wahyu kepadanya. Abu Said berkata; “ Maka nabi menyapu peluh pada dirinya dan nabi bertanya: “Mana si penanya?” seolah-olah nabi memuji orang tersebut. Kemudian nabi bersabda: “Sesungguhnya kebaikan itu tidak mendatangkan kejahatan. Dan sesungguhnya di antara yang ditumbuhkan musim bunga, ada yang memusnahkan binatang lantaran kekenyangan atau hampir-hampir membinasakannya kecuali binatang yang memakan sayur-sayuran. Dia memakan umpan hingga apabila telah buncit lambungnya, maka dia pun menatang matahari lalu dia mengeluarkan kotoran dan kencing serta pergi ke padang penggembalaan. Dan sesungguhnya harta itu indah lagi sedap. Maka sebaik-baik harta orang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil. Atau sebagaimana nabi pernah sabdakan. Dan bahawasanya orang yang mengambil harta dengan bukan haknya adalah sebagai orang yang memakan dan tidak merasa kenyang. Dan jadilah harta itu saksi atas dirinya di hari kiamat.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Bersabar Dari Kesempitan Hidup Hadith : Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Melihat Anak Bulan Hadith : Abdullah Ibnu Umar berkata, Nabi SAW bersabda: “Bulan itu begini, begini dan begini iaitu 30 hari. Kemudian nabi bersabda: “Dan begini, begini dan begini, iaitu 29 hari. Sekali baginda berkata 30 dan sekali lagi baginda berkata 29.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Bersetubuh Di Siang Ramadhan Hadith : Aisyah r.a berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dimasjid. Dia berkata : “ Saya telah terbakar. “ Nabi bertanya : “Mengapa engkau terbakar?” Orang itu menjawab: “Saya menyetubuhi isteri saya di siang Ramadhan.” Nabi berkata kepadanya:“ Bersedekahlah engkau.” Dia menjawab: “Tidak ada sesuatu pun yang dapat aku sedekahkan.” Sesudah itu dia pun duduk dan datanglah kepada Nabi seorang yang menuntun keldai yang membawa makanan(Abdul Rahman salah seorang perawi hadis ini berkata: “Saya tidak mengetahui makanan apa yang dibawa itu). Maka Nabi pun berkata : “Mana orang yang sudah terbakar?” Orang itu menjawab : “Ini saya.” Berkata nabi:“ Ambillah makanan ini dan sedekahkanlah.” Orang itu bertanya :“Adakah orang yang lebih berhajat daripada kami, sedangkan ku tidak mempunyai makanan?” Nabi bersabda : “ makanlah makanan itu bersama-sama keluarga mu.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Sebaik-baik Pemberian Hadith : Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik pemberian ialah unta yang mempunyai susu, yang banyak susunya dan kambing yang banyak susunya. Dia pergi pada pagi hari dengan satu bejana dan kembali dengan satu bejana pula.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Sedekah Hanya Dikira Dari Usaha Yang Baik Hadith : Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Iktikaf Pada Puluhan Terakhir Ramadhan Hadith : Aisyah r.a menerangkan bahawasanya Nabi SAW beriktikaf pada puluhan yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian isteri-isteri baginda beriktikaf sesudah baginda wafat.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan