Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Selasa, 5 November 2013

Himpunan Hadis Rasullullah SAW. no5


Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri Hadith : Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.) ”
al-Bukhari dan Muslim
Menjaga Harta Pusaka Hadith : Dari Jabir r.a katanya rasulullah s.a.w bersabda:”Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang yang diberi suatu pemberian maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila dia meninggal menjadi milik keturunannya.”
(Muslim)
Amalan Setelah Bangun Dari Tidur Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.”
(Muslim)
Ganjaran Orang Yang Memberikan Ilmu Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."
Anas r.a
Darah Seharum Kasturi Hadith : Abu Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda:”Tiap-tiap luka yang menimpa seseorang muslim di jalan Allah nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika dia ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna darah, tetapi baunya bau kasturi.” 
(Bukhari dan Muslim)
Manfaatkan Masa-masa Aman Hadith : Dari Ma’qil bin Yasar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Beribadat di masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku.”
(Muslim)
Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mengundang Laknat Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”

Riwayat Abu Daud
Kurang Agama Dan Kurang Akal Hadith : Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
(Muslim)
Sifat Lemah Lembut Mendatangkan Kebaikan Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”
Riwayat Muslim
Nilai Korban Dan Solat Jumaat Hadith : Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:”Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.”
(Bukhari)
Pendapatan Haram Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka...”

Riwayat Ahmad
Bersandarkan Hanya Kerana Allah Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.”
(at-Tirmidzi)
Pinjam-meminjam Hadith : Sabda Nabi s.a.w : Daripada Abu Hurairah r.a. : “ Bahawa Rasul s.a.w bersabda: Tunaikanlah/Kembalikanlah barang amanah itu kepada orang yang telah memberikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati janji walaupun kepada orang yang pernah memungkiri janji kepadamu “
Riwayat Abu Daud dan Tarmizi
Islam Membenci Pembaziran Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” 
Riwayat Bukhari
Antara Bisikan Malaikat Dan Syaitan Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga."
Abu ad-Darda' r.a
99 Nama Allah Hadith : Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga."

(Muslim)
Haji Dapat Membersihkan Segala Dosa Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,: “Sesiapa yang mengerjakan haji, kemudian tidak mengerjakan dosa dan maksiat, nescaya ia bersih dari dosa-dosa sepertimana ia baru dilahirkan oleh ibunya”.
(al-Bukhari dan Muslim)
Binatang Korban Hadith : Dari Jabir r.a. katanya: “Kami menunaikan Haji bersama Rasulullah s.a.w. maka kami sembelih seekor unta buat tujuh orang, dan seekor lembu buat tujuh orang”.
(Ahmad dan Muslim)
Keistimewaan Aidil Adha Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.”

Riwayat Muslim dan Aisyah r.a
Hiasilah Hari Raya Dengan Takbir Hadith : Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”
(at-Tabrani)
Masa Untuk Berkorban Hadith : Dari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin”.
(al-Bukhari)
Memelihara Amal Kebaikan Hadith : Daripada Umar al-Khattab r.a katanya, Rasul s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang tertidur serta luput (beramal) di waktu malam ataupun sesuatu daripadanya maka dibacanya (dikerjakannya) di antara sembahyang fajar dan sembahyang zohor dituliskan keatasnya pahala sebagaimana ia membaca di waktu malam” 

Riwayat Muslim
Allah Maha Sempurna Hadith : Dari Mughirah r.a katanya:”Saad bin Ubadah mengatakan,:”Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.” Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda berkata:”Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.”
(al-Bukhari)
Menjaga Keteguhan Aqidah Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan “la ilaaha illa Allah”.”
Riwayat al-Hakim
Berpada Dengan Pemberian Allah; Qana’ah Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.”
(Bukhari)
Segalanya Terletak Pada Hati Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.”
(Muslim)
Yang Memabukkan Tetap Dilarang Hadith : Dari Abu Musa r.a ia berkata:”Ya Rasulullah, saya tinggal di suatu daerah di mana orang membuat sebangsa minuman keras dari madu dan dinamakan mereka al-Bit’u dan sebangsa minuman keras lagi dari gamdum dan mereka namakan al-Mizru.” Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap minuman yang memabukkan adalah haram (terlarang)!”
(Bukhari)
Jom Ke masjid ! Hadith : Dari Ubai bin Kaab r.a katanya:”Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya:”Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik.” Dia menjawab:”Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.” Sabda Rasulullah SAW :”Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu.”
(Muslim)
Yang Lebih Baik Daripada Pembantu / Khadam Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.”
(Muslim)
Gambaran Kehidupan Orang Yang Beriman Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.
Riwayat Ahmad dan Muslim

 


Orang Berkemampuan Dituntut Untuk Berkorban Hadith : Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: Sesungguhnya sudah menjadi kewajibanku berkorban seekor unta dan aku orang kaya tetapi aku tidak dapat mencari unta untuk dibeli. Orang itu diperintahkan oleh Nabi s.a.w. supaya membeli tujuh ekor kambing lalu disembelihnya”
(Ahmad dan Ibnu Majah)
Islam Dan Hukumnya Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan janganlah kamu benci membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pulau memulaukan sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara”.
Mencapai Darjat Kesempurnaan Hadith : Dari Nu’aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya umatku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah”
(Muslim)
Solat Pada Waktunya Hadith : Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).”
(Muslim)
Kelebihan Sembahyang Di Masjidil Haram Hadith : Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”
(Imam Ahmad)
Berkhatan Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a katanya:”Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Terdapat lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Riwayat Muslim
Hidup Mesti Berprinsip Dan Berpendirian Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata:” Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka.”
(at-Tirmidzi)
Cegah Sebelum Terlambat Hadith : Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
(Bukhari dan Muslim)
Jangan Menghitung-hitung Sedekah Yang Diberikan Hadith : Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.”
(Muslim)
Haji Ifrad, Qiran Dan Tamattu’ Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Di antara kami ada yang ihram untuk haji Ifrad (mendahulukan haji dari umrah), ada yang ihram untuk haji Qiran (mengerjakan haji digabungkan dengan umrah sekaligus) dan ada pula yang ihram untuk haji Tamattu’ (mendahulukan umrah daripada haji).”
(Muslim)
Soalan Yang Ditanya Di Padang Mahsyar Hadith : Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’
Riwayat al-Tirmizi
Kewajiban Menunaikan Ibadat Haji Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami semua serta bersabda. “Wahai manusia sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan ke atas kamu ibadat haji. Maka hendaklah kamu semua mengerjakannya”. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya, “Adakah wajib ditunaikan setiap tahun, ya Rasulullah?”. Baginda hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab pertanyaan lelaki itu, sehingga lelaki itu bertanya tiga kali, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika aku menjawab ya, Ibadat haji akan menjadi wajib pada setiap tahun, tentu kamu semua tidak terdaya mengerjakannya.” Seterusnya baginda bersabda, “Janganlah bertanya lagi kepadaku tentang perkara ini, apa sahaja yang aku tidak menyebutnya maka tinggalkan sahaja. Sesungguhnya orang yang sebelum kamu itu menjadi rosak disebabkan terlalu banyak mengemukakan pertanyaan mereka, kemudian mereka menyalahkan Nabi-Nabi mereka. Oleh yang demikian apabila aku memerintahkan kepada kamu semua dengan sesuatu perkara, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan kamu. Sebaliknya jika aku melarang kamu semua dari melakukan sesuatu perkara itu hendaklah kamu tinggalkan”.
(Muslim)
Menjaga Rahsia Rumahtangga Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:” Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu.”

Riwayat Ahmad
Hakikat Sembahyang Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim
Makruh Melambatkan Solat Dari Waktunya Hadith : Dari Abu Dzar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bertanya:”Apa yang anda lakukan jika semua pembesar atau pejabat negeri telah sama-sama mengundurkan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah anda kepadaku?” Jawab Rasulullah s.a.w:”Solatlah kamu sendirian pada waktunya! Jika kemudian engkau dapat pula berjamaah bersama-sama mereka, solatlah lagi, dan solatmu itu adalah sunat (keuntungan) bagimu.”
(Muslim)
Solat musafir Hadith : Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Biasanya nabi Muhammad s.a.w (dalam masa musafir) apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan sembahyang zohor hingga waktu Asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu baginda menjamakkan keduanya (Zohor dan Asar) (dengan jamak ta’khir); kalaupun baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda sembahyang Zohor kemudian baginda berangkat (meneruskan perjalanannya). “
(Bukhari & Muslim )
Keutamaan Umrah Bulan Zulkaedah Hadith : Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w mengerjakan umrah empat kali. Semuanya itu dikerjakan baginda di bulan Zulkaedah selain yang dikerjakannya bersama-sama dengan haji. Iaitu umrah yang dilakukan baginda di Hudaibiyah ketika berlakunya perdamaian Hudaibiyah dalam bulan Zulkaedah, dan umrah tahun sesudah itu juga dalam bulan Zulkaedah dan umrah yang dilakukan baginda dari Ji’ranah ketika membahagi-bahagikan harta rampasan perang Hunain, juga di bulan Zulkaedah, dan sesudah itu umrah yang dilakukan baginda bersama-sama dengan haji.”
(Muslim)
Majikan Yang baik Hadith : “Daripada Anas r.a. katanya, aku tidak pernah menyentuh sutera tebal atau nipis yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Aku juga tidak pernah mencium bau-bauan yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya aku telah berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, tidak pernah baginda berkata kepada aku perkataan ah dan tidak pula pernah menyoal sesuatu yang telah aku lakukan dengan mengatakan-“Mengapa engkau lakukan demikian?” dan semasa aku tidak melakukan sesuatu tidak pula baginda menyatakan, “Alangkah baiknya jika engkau tidak berbuat demikian.”
Riwayat Al- Bukhari dan Muslim
Kewajipan Membayar Mas Kahwin Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.”
Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim
Sunat Kahwin Bulan Syawal Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w mengahwiniku pada bulan Syawal dan serumahtangga denganku pada bulan Syawal. Maka manakah isteri Rasulullah s.a.w yang lebih dicintainya daripadaku?”
(Muslim)
Menyegerakan Solat Subuh Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” 

Riwayat Muslim
Menyegerakan Hutang Puasa Hadith : Aisyah r.a. berkata: “Dulu kami haidh di zaman Rasulullah S.A.W. Maka kami diperintahkan mengqadha puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat.”
(Bukhari dan Muslim)
Yang Terpuji Dan Yang Tercela Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Apakah tidak menarik hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan daripadaku caci maki dan kutukan orang Quraisy. Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedangkan aku orang yang terpuji.”
(Bukhari)
Islam Membenci Permusuhan Hadith : Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w beliau bersabda:”Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.”
(al-Bukhari)
Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal Hadith : Dari Al-Bara' bin 'Azib r.a katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur", (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali; kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa kain kapan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga, dan Hanut (Pachai iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakulmaut a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan 
berkata: "Wahai jiwa yang baik! Keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang hendak mati dihadiri - saat naza'nya - oleh Malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang salih, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu keluar - mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakul maut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya ditangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkannya di dalam kain kapan dan Hanut yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi." Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang baik ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu' (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk mereka; kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. Setelah itu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu): "Simpanlah suratan amal hambaKu ini dalam 'illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut; lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakal maut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Hai jiwa yang jahat! Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apabila orang itu orang jahat, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul maut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; Malakul maut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang jahat ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu," (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca (ayat 40 Surah al-A'raf ertinya): "…..Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum…..". (Kemudian Baginda s.a.w bersabda): "Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat: "Simpalah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke situ…….."
Al-Bara' bin 'Azib r.a
Kepentingan Mengingati Mati Hadith : Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya:
 "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".
Abu Sa'id r.a
Beriman Kepada Hari Kiamat Hadith : Dari Ali, r.a, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya ia beriman kepada empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang , dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah’.
Riwayat Tirmizi
Kolam al-kauthar Hadith : Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam syurga, kedua-dua tebingnya adalah daripada emas, aliran airnya di atas mutiara dan yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum dari kasturi dan airnya lebih manis dari air madu dan lebih putih dari salji.”
(Tirmidzi)
Wajib Beriman Kepada Qadak Dan Qadar Hadith : Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.
Riwayat Muslim dan Tirmizi
Nafkah; Kewajipan Suami Hadith : Daripada Sa’ad bin Abi Waqas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya : “ Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan satu nafkah sama sekali untuk mencari keredaan Allah melainkan engkau diberi pahala atasnya sehinggakan apa yang engkau masukkan dalam mulut isteri mu.”
(Al-Bukhari dan Muslim)
Yang Dinamakan ‘orang Islam’ Hadith : Daripada Anas r.a katanya : “ Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sesiapa mengerjakan solat kita dan menghadap kiblat kita serta memakan penyembelihan kita maka dia adalah orang Islam.”
(al-Bukhari dan an-Nasa’i)
Al-quran; Ingat-ingat Lupa? Hadith : Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sangat jeleklah seseorang yang berkata: “Aku telah lupa ayat begitu begini, bahkan ia dilupakan dan hendaklah kamu mengingati al-Quran (dengan selalu membacanya) kerana sesungguhnya dia sangat mudah terlepas daripada lelaki daripada haiwan ternakan (terlepas tali).”
(al-Bukhari dan Muslim)
Mengapa Mesti Kembali Kepada Jahiliah? Hadith : Daripada ‘Amru bin al-‘Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud : “ Tidakkah engkau ketahui bahawa Islam itu meruntuhkan apa yang ada sebelumnya, hijrah menghapuskan apa yang ada sebelumnya dan sesungguhnya haji itu menghapuskan apa yang ada sebelumnya?”
(Muslim)
Jumaat penghulu Segala Hari Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “
(al-Bukhari)
Kesabaran Dalam Mengerjakan Ibadat Hadith : Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya. 

Riwayat al-Bukhari dan muslim
Larangan Gila Kuasa Hadith : Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:” Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.” 

(Bukhari dan Muslim)
Kepentingan Memelihara Silaturrahim Hadith : Dari Ibnu Umar r.a bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda:”Sepeninggalanku janganlah kamu kembali menjadi kafir; yang satu memenggal leher yang lain.”
(Bukhari)
Adab bertamu Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah.” 
(At-Tabrani)
Menjauhi makanan yang haram Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”

Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim

 
Kebahagiaan Memberi Dan Menerima Hadith : Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”
(at-Tirmidzi)
Bulan Hari Raya Hadith : Dari Abu Bakrah r.a bahawa Nabi saw. bersabda: “Dua bulan yang terdapat hari raya, harinya tidak berkurang; hari raya Ramadhan dan bulan Zulhijah”.
(Muslim)
Haram Berpuasa Hadith : Dari Umar bin Khathab ra., ia berkata bahwa dua hari ini hari yang dilarang Rasulullah saw. untuk berpuasa, iaitu hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan hari raya makan (daging korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji “
(Muslim)
Bertaqwalah kepada allah s.w.t. Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.  Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.

Riwayat Muslim
Adakah Kita Termasuk Orang Yang Bertaqwa Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)”.
Riwayat at-Tarmizi
Solat Dalam Keadaan Tenang Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Apabila dibacakan iqamat sembahyang, janganlah kamu semua tergesa-gesa pergi untuk menunaikan sembahyang, tetapi hendaklah berjalan dengan baik dan tertib, hendaklah kamu semua bersifat tenang. Tunaikanlah sembahyang mengikut rakaat yang kamu sempat mengikuti imam dan apabila imam memberi salam, maka hendaklah kamu menyempurnakan mana-mana rakaat yang tertinggal.”
al-Bukhari & Muslim
Bacaan Wajib Dalam Solat Hadith : Dari ‘Ata’ r.a katanya:”Abu Hurairah berkata:”Dalam setiap solat, Rasulullah s.a.w selalu membaca bacaan (ayat). Oleh sebab itu bacaan yang dinyaringkan kepada kami, kami nyaringkan pula, dan bacaan yang perlahan-lahan dibacanya, kami perlahankan pula kepadamu.” Lalu seorang lelaki bertanya:”Bagaimana jika tidak kutambah lagi bacaanku selain membaca al-Fatihah?” Jawabnya:” Jika kamu menambah itu lebih baik, jika tidak, maka al-Fatihah pun sudah cukup.”
(Muslim)
Dua Waktu Yang Perlu Diawasi Hadith : Dari Jabir r.a , katanya: Rasul s.a.w bersabda: “anak kunci syurga ialah sembahyang….”
Riwayat Imam Ahmad
Mengucap Alhamdulillah sesudah Makan Dan Minum Hadith : Dari Anas bin Mali r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum.”
(Muslim)
Penyebab Masuk Syurga Hadith : Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.”
(Muslim)
Galakan Bersedekah Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Perumpamaan orang yang bersedekah lalu menarik kembali sedekahnya itu hanyalah seperti anjing yang muntah lalu memakan muntahnya itu. ” 

Riwayat Muslim

Puasa Tanpa Berbuka Hadith : Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Nabi saw. melarang puasa sambung (terus-menerus tanpa berbuka). Para sahabat bertanya: Bukankah baginda sendiri melakukan puasa wisol? Nabi saw. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak seperti kalian. Aku diberi makan dan minum.”
Kepentingan zakat Hadith : Dari Anas r.a katanya:”Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat). Katanya:”Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.”
(al-Bukhari)
Sunat Melambatkan Waktu Bersahur Hadith : Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(al-Bukhari dan Muslim)
Ganjaran Puasa Ramadhan Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Riwayat Bukhari & Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd