Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Isnin, 4 November 2013

Himpunan Hadis Rasullullah SAW. no3


Hijrah Satu Perjuangan Hadith : Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu’minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu’min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu’min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya.”
(Muslim)
Mentera Dibolehkan Asalkan Tidak Bercampur Syirik Hadith : Dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i r.a katanya:”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?” Jawab baginda:”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.”
(Muslim)
Kesabaran Allah S.w.t Hadith : Dari Abdullah bin Qais r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain daripada Allah S.W.T. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah Taala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka pinta.”
(Muslim)
Larangan Menyombong Diri Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.
Riwayat Muslim
Bersedekah Sebagai Tanda Bersyukur Dengan Rezeki Kurniaan Allah Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Islam Mementingkan Kasih Sayang Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”. 

Riwayat at-Tabrani
Kewajipan Berlaku Adil Terhadap Anak-anak Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Memberi Salam Amat Digalakkan Dalam Islam Hadith : “Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Wasilah Meningkatkan Darjat Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mahukah aku tunjukkan satu pemadam yang dengannya dapat kamu hapuskan dosa serta mengangkat darjat? Jawab para sahabat:”Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Kata baginda:”Sempurnakanlah wudhuk sewaktu kepayahan (seperti sejuk, sakit dan sebagainya) banyak berjalan ke masjid dan menanti waktu masuk sembahyang, perkara inilah yang dinamakan Ribat”
(Muslim)
Fitnah terbesar Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Tatatertib Wanita Di Dalam Masjid Hadith : Yahya bin Qaza’ah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Said, daripada az-Zuhri, daripada Hind binti Harith daripada Ummu Salamah katanya :”Apabila rasulullah s.a.w memberi salam, wanita-wanita bangun ketika selesai salam baginda dan baginda duduk sekejap pada tempatnya sebelum baginda bangun. Katanya:”Kami berpendapat wallahu a’laam, itu adalah bertujuan supaya wanita-wanita beredar lebih dahulu daripada lelaki.”
(Bukhari)
Mengetahui waktu Sembahyang Hadith : "Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, "waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari".
Muslim
Keabadian islam Hadith : “Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Berusaha Mencari Rezeki Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”
Riwayat At-Tabrani
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia Hadith : Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim


Berpada-pada Hadith : Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda “Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.”
(Ahmad dan at-Tabrani)
Islam Agama Yang Mudah Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Jikalau tidak menjadi keberatan ke atas umatku, nescaya aku menyuruh mereka bersugi ketika setiap kali sembahyang.”
Riwayat at-Tirmidzi
Hakikat kebijaksanaan Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”
Riwayat at-Tirmidzi
Solat sunat Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..”
Riwayat Muslim
Wasiat Jangan Ditangguhkan Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu”.
Riwayat Hadith al-Bukhari dan Muslim
Iman Dan Amal Adalah Dua Perkara Yang Seiring Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring.”

Riwayat al-Hakim
Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
Riwayat Muslim
Larangan Bunuh-membunuh Tanpa Hak Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka?” Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Tanggungjawab Sosial Hadith : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."
Abu Daud dan at-Tirmidzi
Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”
(Muslim)


Kategori : IBADAH Akidah   Tajuk : Senyuman Suatu Sedekah Hadith : Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(Ahmad)
Malaikat Pencatat Selawat Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."
Abu Hurairah r.a
Solat Jumaat Hadith : Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: “ sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya”.
Riwayat Abu Daud
Batasan Dalam Bergurau Senda Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”
Riwayat Abu Daud
Beradab Ketika Minum Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.”

(at-Tirmidzi)
Jihad Perjuangan Paling Utama Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Balasan Rahmat Daripada Allah Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia…"
Anas r.a

Jauhi fitnah Hadith : Dari Zainab ats-Thaqafiy r.a katanya:’Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya’ berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.”
(Muslim)
Doa Yang Tidak Diperkenankan Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”
(Muslim)
Sujud syukur Hadith : Dari Abu Bakar r.a bahawa “Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.”
(Ahmad )
Catatan Amal Hingga hari Akhirat Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ada bagi Allah satu Malaikat yang diberikan kepadanya kuasa mendengar ucapan hamba-hamba Allah semuanya, maka tidak ada seseorang pun yang mengucapkan sesuatu selawat kepadaku melainkan Malaikat itu menyampaikannya kepadaku."
Ammaar bin Yasir r.a
Khusyuk Yang Terganggu Hadith : Diriwayatkan dari Aisyah katanya:”Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, nabi berkata:”Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku.”
(al-Bukhari)
Kebinasaan Berlaku Tidak Mengira Sesiapa Masa Dan Tempat Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka’abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir.’Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing”.
Riwayat Bukhari Muslim
Al-quran Al-karim Hadith : Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."
Ali r.a
Perkahwinan Rasulullah Saw Dengan Aisyah R.a Hadith : Daripada Aisyah r.a katanya : “ Aku berkata: “ Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan jika tuan berhenti di sebuah wadi yang ada pokok yang telah dimakan sebahagiannya dan tuan dapati pula pokok yang belum dimakan darinya, pokok manakah yang tuan hendak menternak unta tuan? Rasulullah SAW bersabda : “Pada pokok yang belum lagi dimakan daunnya. Maksud Aisyah ialah bahawa Rasulullah SAW tidak pernah mengahwini perawan selainnya.” (al-Bukhari)
al-Bukhari
Hati Yang Selalu Muda Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.”
(Muslim)
Bangkai Haram Dimakan Hadith : Abu Waqid r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apa-apa yang dipotong dari binatang ketika ia masih hidup, maka ia adalah bangkai.” 

(HR Abu Daud)
Mati Kerana Lemas Hadith : Adiy bin Abi Hatim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila haiwan yang engkau panah jatuh di dalam air lalu tenggelam dan mati maka janganlah engkau memakannya.”
(HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Pengertian Kebajikan Dan Dosa Hadith : Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”
(Muslim)
Istimewanya Madinah Hadith : Rasulullah pernah berdoa yang maksudnya:“Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah, atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah.”
(Bukhari dan Muslim)
Menjaga Imej Agama Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w:”Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? ”
Riwayat at-Tabrani
Siapa Tahu Nilaian Allah Hadith : Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,:”Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya:”Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata:”Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”
(Muslim)
Sikap Yang Baik Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.”
Riwayat Muslim
Manusia Tidak Lepas Bebas Daripadanya! Hadith : Dari Aisyah r.a, isteri Rasulullah s.a.w, dia menceritakan bahawa pada suatu malam rasulullah s.a.w pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah:’Kerana itu aku cemburu kepada beliau. Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya:”Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?” jawabku:”Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda? Tanya baginda:”Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?” Jawab Aisyah:”Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?” Jawab baginda :”Ya!” Aku bertanya:”Aku sendiri juga?” Jawab baginda:”Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat.”
(Muslim)


 Kesaksian malaikat Hadith : Abu Hurairah r.a mengkhabarkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Solat berjamaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda. Para malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat fajar. Kemudian Abu Hurairah berkata:”Jika kamu suka, bacalah ayat al-Quran sesungguhnya bacaan waktu fajar disaksikan oleh para malaikat.”
(al-Bukhari)
Sunnah rasul Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.”
(al-Bukhari)
Ringan Disebut, Berat Ditimbang Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya,:”Nabi s.a.w bersabda:’Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu;” Maha Suci Allahdan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.”
(al-Bukhari)
Keyakinan dalam Berdoa Hadith : Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”
-
Tipu Daya Hadith : Dari Huzaifah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Dajal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka.
(muslim)
Penjahat Kecil Hadith : Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:”Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.
(Muslim)
Dana Di Dunia Dan Akhirat Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Riwayat at-Tirmidzi
Allah Bersifat Lemah Lembut Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut.”
Riwayat Muslim
Mati Dalam Perbuatan Syirik Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya”
Riwayat Hadith At-Tarmizi
Mukmin Yang Berakhlak Mendapat Darjat Yang Tinggi Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”.
Riwayat Abu Daud
Doakan Yang Baik-baik Hadith : Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.”
(al-Bukhari)
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan:’Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:”Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.”
(Muslim)
Alamat Mimpi Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”
(Muslim)
Sempurnakan Hari Dengan Keberkatan Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."
Abu Hurairah r.a
Tidak disengajakan Hadith : Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksakan mereka atasnya.”
(Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
3 Amalan Yang Berkat Hadith : Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”
(Bukhari)
Batas-batas Dalam Berhias Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.” 

Riwayat Ibnu Mas’ud
Bekas Ahli Neraka Hadith : Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:” Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam’. “
(al-Bukhari)
Mengukur Tahap Kecintaan Terhadap Rasulullah Hadith : Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”
Riwayat Muslim
Kedudukan Masjid Dalam Islam Hadith : Dari Uthman , r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Menghukum Dengan Adil Hadith : Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).”
(al-Baihaqi)
Kemuliaan Syahid Fisabilillah Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w:”Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!.” Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:”Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan.”
(Muslim)
Hari Raya: Hari Untuk Bergembira Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”
(Muslim)
Sekadar Untuk Berhibur Di Hari Raya; Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Ketika hari raya, orang-orang Habsyi datang ke masjid mempertunjukkan permainan pencak silat. Lalu Rasulullah s.a.w memanggilku dan kuletakkan kepalaku di bahunya. Aku ikut menonton pertunjukkan itu hingga aku puas melihatnya.”
(Muslim)
Puasa Tanpa Izin Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri dari hasil usaha suaminya tanpa perintah suami, pahalanya seperdua bagi suami.”
(Muslim)
Sembahyang Hari Raya Hadith : Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya: “Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya).”
(al-Bukhari)
Amalan Di Malam Hari Raya Hadith : Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
(Ibnu Majah)
Doa Ketika Melihat Anak Bulan Hadith : “Daripada Talhah bin Ubaidillah r.a. bahawa nabi SAW, apabila baginda melihat anak bulan baginda membaca doa yang bermaksud: “Ya Allah keluarkanlah bulan sabit ini dengan keberkatan dan keimanan, berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah S.W.T. inilah sabit yang boleh memberi petunjuk serta kebaikan.
(at-Tirmidzi)
Wanita Dan Hari Raya Hadith : Dari Ummu Athiyyah ra., ia berkata:” Nabi saw. memerintahkan kami untuk membolehkan gadis-gadis dan gadis-gadis pingitan keluar rumah dan beliau memerintahkan para wanita yang sedang haid agar menjauhi tempat salat kaum muslimin.
(Muslim)
Lailatul Qadar Turun Pada Malam Ganjil Hadith : Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.”
(Muslim)
Banyakkan Amalam Dihari Yang Kesepuluh Terakhir Ramadhan Hadith : Daripada Aisyah r.a. katanya: “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Disunatkan Berbuka Sebelum Mengerjakan Solat Maghrib Hadith : Dari Anas r.a ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila makan malam (berbuka) telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat maghrib, janganlah mendahului solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).
Puasa Orang Yang Musafir Hadith : Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah, katanya: “Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”. Rasulullah SAW menjawab: “Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”
(Muslim)
Tidak Mendapat Pahala Puasa Selain Dari Lapar Dan Dahaga Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”
(al-Bukhari)
Bezakan Puasa Dengan Orang yahudi Dan Nasrani Hadith : Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”
(Muslim)
Hutang Puasa Orang Yang Meninggal Dunia Hadith : Dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah saw. bersabda:”Sesiapa yang meninggal dunia dan ia mempunyai tanggungan puasa, maka walinya harus berpuasa untuk membayar tanggungannya.
(Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd