Untukmu,
yang pernah singgah di hatiku, dan kini menjadi sebahagian daripada masa
laluku. Maafkan aku, atas semua kebodohanku, yang pernah mengagumimu,
yang pernah membiarkan perasaan ini berkembang, sehingga kau pun dengan mudah
menyusup ke hatiku, menyemai benih-benih harapan dan janji, di atas nama cinta yang seharusnya belum layak tumbuh dan berkembang di
sana.
Maafkan
kebodohan hatiku, yang begitu mudah percaya semua yang kau tuliskan di atas
sehelai janji, dan ketika ini janji-janji itu kau hapuskan begitu saja. Hatiku
yang serapuh kaca in berkecai, pecah dan menjadi kepingan-kepingan luka dan
kecewa.
Namun
dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, aku kumpulkan serpihan itu dan
meletakkannya di dalam bilik hati ini, menyimpan dalam lautan doa dan istighfar
atas kesedaran akan semua kuasa dan ajaran-Nya, membuatku tahu bahawa
janji itu belum layak hadir di antara kita, kerana kau tidak layak untuk
mendapatkan izin untuk menulisnya, selain sekirannya apabila kita telah
berikrar di atas “AKAD NIKAH’‘. Itulah janji yang seharusnya hadir di antara
kita.
Maafkan
untuk kelemahan akal dan fikiranku, yang pernah membiarkan hadirmu menguris
semua rasaku, mengisi hati dan fikirku dengan bayangan-bayangan indahmu, di
atas nama cinta. Cinta yang tak seharusnya kubiarkan hadir mengusikku iaitu
bersama hadirmu.
Namun
kini, semua kesalahan itu telah mampu kutebus, InsyaAllah. Aku kini mampu
mengusir bayanganmu dari lubuk hatiku ini. Meskipun tak dapat kunafikan bahawa
hadirmu kedalam hidupku pernah menjadi sebahagian memori terindah dalam
hidupku, kerana dengan kehadiranmulah aku mampu menyedari kebodohanku, dan
dengan hadirmulah aku mampu membaca kembali apa yang telah di ajarkan-Nya.
Dan dengan hadirmulah, aku dapat membezakan mana yang boleh, mana yang jangan,
dan mana yang belum layak kuraih.
Kini,
yang ada adalah rasa syukur kerana pernah mengenalmu di masa lalu, meskipun aku
telah mampu mengantikan hadirmu di masa lalu dengan hadir-NYA,
namun harus aku ucapkan “ Terima Kasih” padamu, keranamulah aku mencari dan
merasakan indahnya CINTA yang sudah di ajarkan-NYA. Cinta sejatiku.
Aku tak pernah membencimu,
Aku tak pernah menyesal dengan kehadiranmu dulu,
Dan aku tak pernah mampu melupakanmu, meskipun dirimu kini
hanya jadi sebahagian dari MASA LALUKU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan