Mencipta Keharmonian Dalam Rumah Tangga?
- 1.Saling Memberi Hadiah : Bukan mahalnya harga sebuah pemberian tersebut tapi RASA KASIH sayang andalah yang harus melebihi NILAInya.
- Mengkhususkan Waktu Untuk Bersama :Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak ada waktu untuk bersama. Jangan terlalu sibuk melakukan pelbagai pekerjaan atau aktiviti sehingga melupakan pasangan anda.
- Selalu Menampakkan Wajah Yang Ceria: Di antara cara untuk mempererat cinta kasih, hendaklah menampakkan wajah yang ceria. Ungkapan dengan bahasa wajah, mempunyai pengaruh yang besar dalam kegembiraan dan kesedihan seseorang. Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, suasana bahagia dan ceria akan timbul dalam hubungan.
- Memberikan Penghormatan Dengan Hangat Kepada Pasangannya, Baik Ketika Hendak Pergi Keluar Rumah Ataupun Ketika Pulang: Penghormatan itu hendaklah dilakukan dengan mesra. Ternyata mencium isteri dapat mempererat hubungan antara suami isteri, meluluhkan kebekuan ataupun kekakuan antara suami isteri.
- Hendaklah Memuji Pasangannya : Pujian harus dilakukan dalam hubungan suami isteri untuk memberikan motivasi kepada pasangan masing-masing. Pujian itu diungkapkan dengan jujur dan tulus, dan pujian itu tidak menyebabkan orang yang dipuji menjadi sombong atau lupa diri.
- Bersama-Sama Melakukan Tugas Dan Tanggungjawab : Di antara kesalahan sebahagian suami ialah, mereka menolak untuk melakukan sebahagian tugas di rumah. Mereka beranggap bahawa jika melakukan tugas di rumah, kewibawaan mereka sebagai seorang isteri semakin menurun. Pendapat ni ternyata tidak benar.
- Perlu Adanya Keterbukaan : Keterbukaan antara suami dan isteri sangat penting. Di antara masalah yang sering timbul di dalam keluarga ialah suami dan isteri masing-masing menutup diri, tidak terbuka menyampaikan masalah kepada pasangannya. Luahkan kepada pasangan, jadikan pasangan tempat untuk mengadu dan bermesra.
InsyaAllah,
semoga bermanfaat dan dapat menjadi bekal keharmoniaan rumahtangga
^_____^ thanks shahrel.... Jage dirimu. Dirimu sentiasa di dalam doaku... Teruskan beramal agar memperolehi ketenangan dan ganjaran pahala berlipat ganda dariNya....
BalasPadam