Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Sabtu, 2 November 2013

Himpunan Hadis Rasullullah SAW. no1



BERDOA UNTUK ORANG KAFIR
Daripada Abi Hurairah Ra bahawa Rasullullah SAW bersabda : Jangalah kamu memulakan salam kepada orang yahudi dan nasrani. Apabila kamu berjumpa dengan salah seorang dari mereka di jalanan , tolaklah mereka ketepi 
( Riwayat Turmuzi - Hasan Sahih )

PAHALA MENDOAKAN ORANG LAIN
Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda : Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut,  berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.

DOA DALAM BAHASA MALAYSIA

Berdoalah kepada Ku , Nesaya aku akan perkenanankan bagi kamu
( Al Mukminun )


PEGANG TANGAN PASANGAN KEKASIH SEBELUM NIKAH
Sabda Rasullullah SAW : Sesungguhnya kepala seseorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi 
lebih baik daripada menyentuh tangan perempuan yang tidak halal baginya.


LELAKI MEMAKAI BARANG PEREMPUAN
Dari Ibnu Abbas RA katanya : Rasullullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan
 orang perempuan yang menyeruai lelaki.
( Riwayat Bukhari )


JANGAN DUDUK DI JAMUAN YANG MENGHIDANGKAN ARAK
Sabda Rasullullah SAW : Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT , janganlah duduk pada perjamuaan yang dihidangkan arak.



LAMBANG ALLAH DI BAJU TIDAK BOLEH DIBAWA KE TANDAS
Daripada Anas RA bahawasanya Rasullullah SAW apabila ia masuk ke tandas dicabut cincinya. Dan adalah cincin itu diukir 3 baris.Muhammad satu baris , Rasul satu baris dan Allah satu baris
(Riwayat ibnu Hibban )

ADAB BERKHATAM AL - QURAN
Daripada Amr bin Syuib , Rasullullah SAW Bersabda : Apabila seseorang hamba Allah itu berkhatam Al - Quran ,
 diselawatkan ke atasnya 6000 malaikat .

WASIAT MENDERMA MATA
Sabda Rasullullah SAW : Membedah mayat itu sama seperti membedahnya semasa ia masih hidup .
( Rawayat Abu Daud dengan sanad mengikut syarat muslim dan ditambah oleh Ibunu Majah )


GADIS MERAMPAS SUAMI ORANG
Sabda Rasullullah SAW : Bukanlah dari golongan kami seseorang yang merosakkan hubungan seseorang perempuan dari suaminya


KAHWIN SETELAH HAMIL
Sabda Rasullullah SAW : Barang siapa menasabkan seorang anak kepada bukan ayahnya yang sah , 
sedangkan diketahuinya bukan ayahnya , haramlah ia ke syurga.


ISTERI PAKSA SUAMI CERAIKAN DIA
Sabda Rasullullah SAW: mana mana perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah , maka
haramlah ia mencium bau syurga. 




SUAMI MENJATUHKAN TALAK KEPADA ISTERINYA YANG TIDAK SIUMAN
Sabda Rasullullah SAW:Diangkat kalam (tidak diambil cacatan amalnya) kepada 3 orang iaitu : 1.Orang tidur sehingga dia jaga 2.Kanak kanak sehingga dia baligh 3.Orang gila sehingga dia berakal semula
Tanda Kebaikan Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan."
(Muttafaq 'alaih) 

 



WALAUPUN SATU AYAT
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:
"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat . Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan
sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."
(Riwayat Bukhari)
 


Jalan Mudah Ke Syurga
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." 
 

Dunia Yang Terlaknat
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah  s.a.w. bersabda:
"Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim
serta orang yang menuntut ilmu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah Hadis hasan. 
 


Mesti Konsisten
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu
malam itu."
(Muttafaq 'alaih) 



(Muttafaq 'alaih) 

dari Umar bin Khattab berkata sabda Rasulullah s.a.w:
"seorang mati disiksa dalam kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya"
(HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Mas'ud berkata: sabda Rasulullah s.a.w:
"bukan dari golongan ku orang yang memukul-mukul pipi dan merobek saku dan menjerit dengan suara kaum jahiliyah"
(HR Bukhari dan Muslim)


Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah mengutuk orang yang merintih dan yang mendengarkannya"
(HR. Abu Dawud)


( SEMUA HADIS-HADIS DI ATAS DIDAPATI DARI SUMBER BACAAN AL USTAZ ISMAIL BIN KAMUS,SOAL JAWAB KEMUSKILAN AGAMA,MUAFAKAT INTERPRISE SDN BHD,CETAKKAN KE 3 APRIL 1989 //// DAN NAVEER MOHIDEEN BIN SYED MOHAMMAD,SEKS YANG DILARANG DALAM ISLAM,WEB PRINTERS SDN BHD,CETAKKAN KE 5 1992 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd