Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Isnin, 9 September 2013

| TIPS MENGAJAK SUAMI SOLAT |



Ketika kita mahu mengajak atau menyuruh suami solat, gunakan skrip kata-kata yang lembut dan suka didengar beliau. Elakkan daripada menggunakan skrip kata-kata yang menekan-nekan, menyuruh-nyuruh, mengajar-ajar atau memaksa.

Contoh:
"Abang, cepatlah solat! Sudah pukul berapa ini masih belum solat." (Salah)
"Abang, tengok jam sudah pukul berapa. Solatlah cepat." (Salah)
"Abang ini asyik menghadap komputer sahaja. Bila nak solat." (Salah)
"Abang ini kalau solat selalu lambat-lambat. Tapi, kalau makan laju saja." (Salah)

Sebaliknya, gunakan ucapan seperti ini;

"Abang, mari bangun solat Subuh. Saya mahu masuk syurga bersama abang." (Betul)
"Abang, saya mahu kekal menjadi makmum abang sehingga ke syurga. Mari kita solat bersama." (Betul)
"Abang, saya suka mendengar bacaan abang dan berimamkan abang ketika solat. Saya dapat merasakan ketenangan yang luar biasa setiap kali solat dibelakang abang." (Betul)

*Selamat mencuba, dan meraih hasilnya. Allah berkati kalian. (^__^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd