Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Selasa, 24 Julai 2012

CINTA SELEPAS NIKAH


Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat ni.. Entah dari mana la datangnya.. Mak aku yang suruh.. Dia kata budak ni baik la, alim la, pandai la.. Lepas tu, terus kami kawin..

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir jugak la rumah tangga kami.. Dan yang aku paling tak tahan tu, dia memang selalu saja buat aku sakit hati.. Eiiiii… Geramnya aku..!! Mana tak nya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku.. Then lepas basuh, nak jadi cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku.. Haihhh, memang sakit hati.. Baju baru kot.. Mahal lagi..!! Then, bila aku tanya dia kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna, dengan slumber dia kata ”Lah.. Awat tak tanya…” Eiii.. Geramnya aku..!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku p shopping.. Ok, fine.. Aku ikut je la.. Weekend la katakan.. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pegi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. HILANG..!! Aku cari jugak dekat-dekat area situ.. Kot-kot ada tapi, memang hampeh.. Aku try call, tak angkat.. Call lagi pun tak angkat.. Huhh.. Tension betul..!! Then, aku amik keputusan tunggu dekat kereta je.. Seminit, lepas tu dua minit, lepas tu, SEJAM KOT..!! Huhh.. Memang sakit hati betul..!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana..? Kenapa call tak angkat..? Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. Gi shopping la sayang.. Oh, ada call ek..? Allah, lupa nak bagi tau.. Terlupa bawa hanset.. Hehe..” Eiiii.. Geramnya aku..!!

Seminggu lepas tu, dia kata teringin nak makan ayam masak berempah dengan masak lemak cili api.. Ok fine, aku masak je.. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat.. Tapi, boleh lah kalau setakat nak makan kan.. Aku hidang bagi dia makan.. Masa first time dia suap dekat mulut tu, aku bajet dia nak kata apa-apa.. Tapi dia diam.. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan.. Habis makan pun tak kata apa.. Aku pun confuse.. Dia ni no respond.. Sedap ke tak.. Hmm.. Kalau ikut aku la, orang yang masak ni la kan, aku rasa ok je lah.. Tapi, tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh..

Esok pulak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku pulak buat hal.. Tak boleh start.. Panik jugak ar aku time tu.. Malam dah ni.. Nak masuk Isyak dah.. Haihh.. Time aku balik keje lewat2 lah, keta nak buat hal.. Then, aku call dia.. Yang aku tak boleh tahan tu, dia dengan slumber kata, “Lah awat la call saya.. Call la mekanik.. Ingat call saya keta awak boleh jalan..?” Eiii… Geramnya aku..!! Tapi, dia mai jugak lepas tu.. Ada la dia check apa entah dekat depan bonet tu.. Dan lepas start, terus boleh.. Hmmm, dalam hati aku kata, “Bleh la jugak mamat ni nak diharap.. Mekanik kecil-kecilan, janji free..”

Satu hari, dia ada bagi tau yang dia kena p outstation dekat overseas.. Dia kata p kejap je.. 2 MINGGU..!! Hmm.. Aku memang no komen lah.. Dia nak p buat keja dia.. Tak kan nak kata tak boleh kot.. Keja arkitek.. Biasalah.. Busy la kot.. Tapi, memang agak sakit hati jugak lah.. Boleh dia lesap macam tu je.. Lepas2 naik flight kot-kot la nak call bagi tau dah sampai ke, ada dekat mana ke, tapi, memang hampeh..!! Langsung dia tak call..!! Kot-kot la nak bagi emel ke, tapi memang tak dak… Kosong inbox..!! Eiii.. Geramnya aku..!!

Pagi tu, aku basuh baju.. Ok.. Sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna.. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh.. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.. Jeng3.. Huishh.. Siap dengan surat lagi.. Suratnya berbunyi begini :



Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.. Jangan marah-marah ek.. Hehe.. Saya bukannya apa.. Saja tulih surat ni.. Bosan.. Tak tau nak buat apa.. Hihi..

Pertama sekali, saya nak bagi tau lah, mungkin awak tak kenal saya.. Tapi, saya kenal je awak.. Sejak awak darjah 6 lagi kot..!! Haha.. Eh, awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya dekat umah awak time tu..? Masa tu, saya nampak awak dok main masak-masak dekat belakang umah.. Hahaha.. Memang sangat lucu.. Saya nampak awak macam ‘anak patung’.. Comel sangat.. Ishkk, awak ni, tak perasan ke..?

Keduanya, sori la pasal hal shopping tu.. Memang saja je, saya tak mau bawa hanset time tu.. Hihi.. Takot terkantoi.. Ye la, saya p cari baju awak kot..!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tu.? Huh, memang tension.. Susah betul nak cari.. Memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari.. Hihi..

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak.. Hmm, mesti awak bengang kan sebab saya no respond.. Huhu.. Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot.. Ikut jam dinding dekat umah kita.. Ishkk.. Awak ni, tak perasan ke..?

Keempatnya, time keta awak rosak.. Hmm.. Awak tau tak saya CANCELLLL kan appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak p dekat awak..?Lepas tu, jenuh saya nak pujuk diorang balik.. Tau tak saya langgar semua traffic light merah..? Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai dekat awak..?Ishkk.. Awak ni.. Tak perasan ke..?

Tapi lepas saya tahu saya kena p outstation dekat overseas, saya lagi seronok.. Happy gile.. Sebab saya tahu, awak mesti rinduuu dekat saya kan, kan2..? Saya memang saja je tak call awak.. Hihi.. Tapi, saya ok je.. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat ni.. "Wow, look at the Eiffel Tower..!! Fuyoo..!! Cantik kot..!!" Hahahahahaaaaaaaa.. Jangan jeles.. (^_^)

Last but not least, awak, awak jangan nakal-nakal ek..? Sebab saya saaaaayang awak…

p/s : Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni.. Hihi..

6 ulasan:

  1. WOAAAA.wishing that one too, <3 Hee.*ngada laa aku ne.

    BalasPadam
  2. sweetnyaaa laaaa :) boleh buat novel .

    BalasPadam
  3. wow . so sweet sangat . best nyee

    BalasPadam
  4. begitu hebt cinta selepas nikah

    info lanjut disini --> http://bit.ly/cintaselepasnikahbestseller

    BalasPadam
  5. itulah hebatnya kuasa Allah.smga kita jg lalui cinta selepas nikah

    BalasPadam

mcd

mcd