Dr. Tagata Tejasen: Laa Ilaaha Illallah
Muhammad Rasool Allah!
Orang ini sedang melafazkan kalimah syahadah, sekaligus mengesahkan
bahawa dia seorang Muslim. Perkara ini berlaku ketika Persidangan Perubatan
Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh. Orang yang dimaksudkan ialah Profesor
Tejatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) di
Universiti Chiang Mai, Thailand. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai
Dekan Fakulti Perubatan di universiti yang sama.
Kami bentangkan kepada Profesor Tejasen
beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang ada kaitan dengan fakta-fakta kajian
tubuh-manusia. Beliau memaklumkan bahawa di dalam kitab ugama Buddha juga ada
penerangan terperinci mengenai perkembangan embrio. Kami menyatakan kepadanya
minat kami untuk melihat penerangan tersebut dan mengenali kitab berkenaan. Setahun kemudian, Profesor
Tejasen kembali ke Universiti Raja Abdul Aziz untuk satu tugasan sebagai
pemeriksa luar.
Kami mengingatkan beliau mengenai kenyataannya setahun yang
lalu. Beliau meminta maaf dan menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan tesebut
tanpa satu kepastian. Setelah memeriksa
kitab-kitab agama Buddha, beliau tidak terjumpa sebarang keterangan mengenai
perkembangan embrio itu.
Kemudian kami berikan kepadanya artikel
ceramah yang ditulis oleh Profesor Keith Moore mengenai keserasian di antara
fakta-fakta kajian embrio moden dan kenyataan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis.
Kami bertanya jika beliau mengenali Profesor Keith Moore. Beliau menjawab sudah
tentu beliau mengenalinya oleh kerana
Profesor Moore ialah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di bidang itu.
Selepas mengkaji artikel itu, Profesor
Tejasen merasa begitu takjub sekali. Kami bertanya kepadanya beberapa soalan
yang berkaitan dengan bidang yang dipakarinya. Satu daripadanya ialah mengenai
penemuan mutakhir di dalam kajian kulit (‘dermatology’)- mengenai deria
mengesan/merasa yang dimiliki oleh kulit.
Beliau menjawab; Ya, jika kebakaran kulit
terlalu parah.
Kami beritahu Dr. Tejasen: Tuan tentu
berminat untuk mengetahui bahawa di dalam kitab ini, kitab suci Al-Quran,
terdapat rujukan sejak 1400 tahun dahulu yang membicarakan tentang hukuman
keatas orang-orang yang tidak beriman di dalam api neraka; dan ayat itu
mengatakan selepas kulit mereka telah musnah sama sekali, Allah
subhanahuwata’ala akan menciptakan untuk mereka kulit yang baru supaya mereka
boleh terus merasai azab api neraka, menandakan pengetahuan bahawa saraf di
dalam kulit ada penghujungnya. Ayat itu berbunyi (maksud):
“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat
keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali
kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya
mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah
Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)
Kami bertanya: Adakah tuan setuju bahawa
sejak 1400 tahun dahulu ayat ini merujuk kepada keujudan penghujung saraf di
dalam kulit? Dr. Tejasen menjawab: Benar, saya setuju.
Pengethuan mengenai ciri deria-merasa ini
sudah diketahui sejak lama dahulu, seperti yang dinyatakan ayat itu bahawa jika
seseorang itu membuat dosa, dia akan diazabkan dengan dibakar kulitnya,
kemudian Allah subhanahuwata’ala akan menggantikan kulit yang baru untuknya
supaya dia boleh terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka tahu sejak
lama dahulu bahawa penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit, justeru,
mereka menggantikan kulit yang baru.
Kulit (rujuk gambarajah 8.1) ialah pusat
kepada deria merasai bahang kebakaran. Justeru, jika kulit telah hangus
terbakar secara keseluruhanntya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana
itulah, Allah subhanahuwata’ala akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari
Pembalasan dengan memberikan kulit yang baru kepada mereka setiap kali kulit
sebelumnya telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang Maha Kuasa bermaksud:
“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur
ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api
neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka
kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah)
sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’,
4: Ayat 56)
Kami menyoal Profesor Tejasen: “Adakah
munasabah ayat-ayat ini datang kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam
bersumberkan seorang manusia? Profesor Tejasen bersetuju bahawa ayat-ayat
tersebut tidak mungkin bersumberkan
manusia. Jadi beliau bertanya sumber ayat tersebut dan daripada mana
Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam menerimanya? Kami menjawab, “Daripada
Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa.” Beliau lantas bertanya lagi: “Siapa
Allah itu”
Kami menegaskan: Dia ialah Pencipta kesemua
makhluk-makhluk. Jika tuan menemui satu ciri kebijaksanaan, ianya kerana ianya
datang daripadaNya Yang Maha Bijaksana. Jikab tuan menemui pengetahuan mengenai
kejadian cakrawala ini, ianya kerana cakrawala ini dicipta olehNya yang
memiliki segala ilmu-ilmu. Jika tuan nampak kesempurnaan makhluk ciptaanNya,
itu membuktikan Dia Pencipta Yang Maha Mengetahui, dan jika tuan bertemu sifat pemurah, ini
membuktikan bahawa makhluk ini ialah ciptaanNya Yang Maha Pemurah. Selain itu,
jika tuan melihat alam ini sebagai suatu yang teratur rapi, itu membuktikan
bahawa alam ini dicipta oleh Dia satu-satunya Pencipta Yang Maha Pencipta, Yang
Maha Terpuji Lagi Maha Kuasa.
Profesor Tejasen bersetuju dengan
penjelasan kami. Beliau kembali ke negaranya dan memberikan beberapa ceramah
tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu. Kami dimaklumkan bahawa lima
daripada pelajar-pelajarnya telah memeluk Islam disebabkan ceramah-ceramah
beliau. Di Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Profesor
Tejasen menghadiri beberapa ceramah berkenaan tanda-tanda kajian perubatan di
dalam Al-Quran dan hadis.
Profesor Tejasen menghabiskan empat hari
bersama-sama beberapa ahli ilmu, Muslim dan bukan-Muslim, berbincang mengenai
fenomena sains di dalam Al-Quran dan Hadis. Di akhir perbincangan-perbincangan
itu, Profesor Tejasen bangun dan berkata:
Sejak tiga tahun lalu saya telah mulai
berminat mengenai Al-Quran yang telah diberikan oleh Sheikh AbdulMajeed
Az-Zindani. Tahun lepas saya telah memperolehi artikel oleh Profesor Keith
Moore yang diberikan oleh Sheik ini. Beliau meminta agar saya terjemahkannya ke
Bahasa Thai dan memberikan beberapa ceramah kepada umat Islam di Thailand.
Saya
telah menyempurnakan permintaan beliau. Tuan-puan boleh lihat buktinya di dalam
video yang telah saya hadiahkan kepada Sheik. Daripada kajian dan daripada apa
yang saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya yakin bahawa kesemua yang
dicatatkan di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu adalah suatu kebenaran
yang boleh dibuktikan secara saintifik.
Oleh kerana Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent)
tidak boleh membaca mahupun menulis, maka Muhammad
(sallallahu’alaihiwasallam-pent)
mestilah seorang rasul yang menyampaikan kebenaran sebagaimana
diwahyukan kepadanya oleh Dia Yang Maha Pencipta. Pencipta ini mestilah Allah,
atau Tuhan. Justeru, saya fikir sudah sampai masanya untuk saya melafazkan ‘Laa ilaaha illallah’, bahawa tiada tuhan
yang berhak disembah selain Allah, ‘Muhammad Rasool Allah’, Muhammad ialah
seorang Rasul Allah
Daripada persidangan ini, saya bukan hanya
dapat belajar tentang ilmu-ilmu sains, tetapi juga saya dapat bertemu ramai
ahli-ahli sains baru dan menemui ramai kawan-kawan baru. Perkara yang paling
berharga yang saya dapat daripada persidangan ini ialah ‘La ilaaha illallah, Muhammad Rasool Allah’
dan kesempatan menjadi seorang Muslim.
Kebenaran sememangnya dating daripada Allah
subhanahuwata’ala sebagaimana firmannya bermaksud:
“Dan orang-orang yang diberi
ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah
yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji”
(Surah Saba’, 34: Ayat 6)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan