Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Khamis, 12 April 2012

Umar menangis dan tersenyum.

Dalam 1 peristiwa, sahabat2 Rasulullah SAW pernah melihat Umar menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab. Akhirnya ada yang berani bertanya " Wahai pemimpin orang Islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang dapat kami fahami."

Umar menceritakan, "Dahulu aku dan orang2 Quraisy sangat benci anak perempuan. Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya 6 tahun. Aku sudah tidak tahan lagi, aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain2, dia turut sama membantuku menggali lubang. Apabila lubang sudah siap, aku menolak dia ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain2, dia tolong mengibaskan pasir2 daripada janggut dan pakaian ku, tapi akhirnya aku menimbusnya hidup2 tanpa belas kasihan.

Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad, kami muliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup2. Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya apabila aku teringat kisah ini, aku menangis"

Umar berkata lagi, "berkenaan aku tersenyum. Pada suatu hari aku keluar dari bandar Mekah. Apabila keluar dari Mekah biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tapi aku lupa membawa batu, tapi aku membawa kurma, aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan aku habis, mulalah aku makan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah ini, aku ketawa sendirian."

p/s: Tidak diragui kita bermula dengan kejahilan dan pasti cuba mencari sirna yang mampu membawa kita kepada islam yang sebenar. Jangan di akhirkan hidup kita dengan kejahilan jua. Kerna pasti ia akan sia2 umur yang diberikanNYA. Islam itu sudah ada pada kita. Hanya tunggu kita yang melakukan dan menghidupkannya dalam hdup kita. mungkin bukan sekarang, tapi biarlah ia bermula sekarang....

^ ____ ~ [masih mencari dan mencari]

sumber : biografi Muhammad bin Abdullah perjalanan hidup seorang nabi edisi 2011
^ ___ ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd