Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Khamis, 5 April 2012

SOLAHLAH KAMU SEBELUM KAMU DI SOLATKAN

SOLAHLAH KAMU SEBELUM KAMU DI SOLATKAN

Sejak kebelakangan ini ramai kawan dan kenalan rapat yang meninggal dunia. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang kawan yang meninggal bulan lepas di Ampang, lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hatiku, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.

“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang kawan lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Aku terkejut.

“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas aku. Dia tersenyum.

“Dalam pengalaman, ramai orang baik mati cepat. Lihat kawan kita ini baru mencecah 50 tahun sudah dijemput pulang.”

Aku termenung mencari makna dan kata-kata. Aku yang “lebih tua” ini belum mati.. Mungkin aku tidak sebaik dia. Mungkin Allah SWT memberi keinsafan kepada aku supaya banyak bertaubat supaya tidak lupa suatu hari sampai masa dan ketika giliran aku kesana. Tapi aku tak bersedia lagi. Anak-anak belum habis belajar, amal jariah masih kurang. Semuga Allah SWT memanjangkan umur ku supaya dapat memperbanyakkan ibadah dan membuat kebaikan dan menolong orang lain yang memerlukan.

Bulan lepas aku sembahyang jenazah kawan aku. Pasti suatu hari nanti aku disembahyang oleh orang lain pula. Ingat kata-kata ini " Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Ada juga kawan kata 'Berdirilah kamu dibelakang Imam, sebelum Imam berdiri dihadapan kamu dan kamu terbaring dihadapannya pada ketika itu'.

Dalam banyak2 solat, solat secara berjemaahlah yang paling baik.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd