Baitul-Muqaddis-bumi para anbiya’. Bumi ini
telah menjadi saksi ketekunan dan keteguhan para mursalin dalam mendidik
manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam. Bermula dengan penguasaan
zuriat Nabi Ishak yakni Bani Israel, kemudiannya Raja Nebuchadnezzar dari
Babylon, disusuli pula oleh pemerintahan Empayar Rom dan Byzantium, bumi
anbiya’ ini telah menjadi rebutan pelbagai kuasa besar zaman terdahulu.
Akhirnya, pada tahun 638 Masihi, kekejaman
dan ketidakadilan pemerintahan asing di bumi Baitul-Muqaddis ini telah
ditamatkan oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Beliau bersama bala
tentera kaum mukminin telah disambut oleh penduduk Baitul-Muqaddis sebagai
pembela keadilan dan tentera pembebasan
Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar bersetuju dan memasuki kota suci ini secara berjalan kaki sahaja tanpa ada sebarang pertumpahan darah. Suatu simbol Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar bersetuju dan memasuki kota suci ini secara berjalan kaki sahaja tanpa ada sebarang pertumpahan darah. Suatu simbol Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Pembebasan Baitul-Muqaddis ini membuka satu
era baru dalam lipatan sejarah Islam. Setelah sekian lama, kiblat pertama umat
Islam ini dikotori dengan pelbagai pengamalan syirik dan kecurangan kepada
Allah, kini ia milik umat Islam semula dalam mengembalikan kegemilangannya
sebagai kota ketiga paling suci dalam Islam.
Setelah memeterai perjanjian damai dengan
penduduk Baitul-Muqaddis, Khalifah Umar terus bergerak menuju Haram Asy-Syarif,
suatu kawasan seluas 35 ekar dan mendapatinya dipenuhi sampah-sarap.Beliau
lantas menggunakan jubahnya untuk mengutip sampah-sarap tersebut dan perbuatan
Umar ini diikuti oleh semua kaum muslimin sehinggalah seluruh kawasan Haram
Asy-Syarif dibersihkan selayaknya sebagai tempat suci umat Islam.
Di tengah-tengah kawasan ini, tersergam
batu di mana berpijaknya Nabi Junjungan sebelum ke langit dalam perjalanan
Isra’ dan Mi’raj baginda. Di sudut paling selatan kawasan Haram Asy-Syarif ini,
maka dibinalah sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Kubah Kuning (Dome of
the rock ). Ia juga dikenali sebagai Masjid Umar merupakan sebuah masjid kayu
yang mampu memuatkan 3,000 pengunjung.
Namun demikian, suasana kegemilangan Islam
di Baitul-Muqaddis berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II
mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. Tindakan ini adalah sebagai reaksi
terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki
Baitul-Muqaddis oleh pemerintah Islam Seljuk pada masa itu. Gerombolan Kristian
Eropah ini bermusafir selama 3 tahun menuju Kota Suci Baitul-Muqaddis dan
akhirnya mereka tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.
Setelah 5 minggu mengepung Baitul-Muqaddis,
tentera Salib akhirnya berjaya menawan Baitul-Muqaddis dan tanpa belas kasihan
membunuh seramai 40,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak kota suci
ini.Pemerintahan tentera Salib tidak membawa kedamaian kepada penduduk kota
suci ini. Kekejaman dan ketidakadilan menjadi lumrah di Baitul-Muqaddis
sepanjang pemerintahan mereka baik kepada umat Islam mahupun penduduk bukan
Islam.
Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun
dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya menakluk
semula kota suci Islam ini dan sekali lagi Islam membuktikan ia bukan agama
keganasan. Pembukaan kedua kota Baitul-Muqaddis ini tidak dicemari oleh
sebarang pembunuhan rakyat biasa dan pilihan diberikan kepada penduduk kota
ini, khususnya yang bukan Islam, samada ingin berhijrah ataupun terus menetap
di Baitul-Muqaddis di bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan
nyawa, harta dan tempat ibadat mereka.
Namun begitu, , pada tahun 1948 umat Yahudi
telah berjaya menubuhkan negara haram Israel dengan bantuan kuasa-kuasa Barat
dan sejak itu bumi anbiya’ ini tidak pernah kenal erti keamanan. Sejak dari itu
keangkuhan rejim Yahudi semakin menjadi-jadi
Pada tahun 1967, tentera Yahudi laknatullah
telah berjaya mencerobohi Baitul Muqaddis Timur dan telah meratakan Maghribi
Quarter. 2 masjid dan 135 rumah rakyat Palestin telah diruntuhkan meninggalkan
650 orang rakyat Palestin tanpa rumah kediaman.Seterusnya pada tahun 1969
seorang pelawat Yahudi Australia telah bertindak membakar Masjid Al-Aqsa yang
memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi . Tidak cukup dengan
itu malah dengan bongkaknya Perdana Menteri Ariel Sharon memasuki kawasan
Al-Quds pada tahun 2000 . Tindakan ini telah membakar api kemarahan umat Islam.
seluruh dunia.
Disini jelas terbukti bahawa setiap kali
bumi anbiya’ ini dipimpin oleh mereka yang teguh keimanannya kepada Allah,
keamanan dan kedamaian pasti dikecapi oleh semua. Sesungguhnya Islam adalah
agama yang membawa kepada keamanan dan kedamaian sejagat.Kesucian masjid suci
ini harus dipelihara. Oleh itu umat Islam harus bangkit mempertahankan Masjid
Al-Aqsa dan maruah saudara-saudara seagama mereka dalam apa jua cara yang
terdaya. Jangan dibiarkan maruah Islam dihina dan direndahkan.
Sumber: http://ardulmuqaddasah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan