“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
Terjadinya huru-hara dan peperangan yang
semakin parah di dunia hari ini adalah bersumber dari jiwa manusia yang tidak
didorong, dipandu dan disuburkan untuk cinta dan takut pada Allah. Hati dan
jiwa yang jahat telah mencetuskan kekacauan yang berterusan. Walau ilmu tinggi
melangit, pengalaman berpuluh tahun, namun selama hati jahat, selama itulah
manusia tidak akan dapat mendamaikan dunia ini.
Mengapa manusia seolah-olah kembali kepada
peradaban penghambaan? Menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan? Dalam sabda Nabi
SAW:
“Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu, yang berada diantara dua
lambung engkau”. (Riwayat Al Baihaqi)
SYAITAN YANG KREATIF DAN KRITIS
Syaitan memiliki pelbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Syaitan memiliki pelbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Mengapa muslimah (wanita islam) menjadi
sasaran utama syaitan?
Mungkin kita sering dengar di majlis-majlis
agama, di surau-surau, di masjid, di dewan, para ustaz, mubaligh, guru dan
pensyarah kerap menyatakan ungkapan ini, bahawa “kaum Lelaki mempunyai hanya 1
Nafsu tetapi mempunyai 7 Akal. Manakala kaum kanita memiliki 7 Nafsu dan hanya
1 Akal”. Mungkin ada riwayat yang menyatakan hal ini tetapi pasti ianya hanya
bersifat mendidik manusia.
Jadi, kita bertanya bagaimana dan apakah
strategi syaitan menggoda muslimah?
Berikut adalah cara bertahap :
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian, gaya hiasan atau fesyen ikutan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian mengikut peredaran zaman.
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian, gaya hiasan atau fesyen ikutan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian mengikut peredaran zaman.
Berbeza pula jika seorang wanita
berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keIslaman), dan
memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen). Biarpun hidup bila dan
di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan
dengan prinsip hijabnya, syaitan tetap tidak putus asa. Syaitan akan beralih
dengan strategi yang lebih halus.
Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya
terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit
peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang
menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa
saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi
kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini
buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang
lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut
sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar
tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian
kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang
terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga
yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian
sensitif lagi dari dadanya. Lelaki pula tidak kisah boleh melihat dan mengagak
bentuk dan saiz dada muslimah mengikut kesukaannya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya
gitu-gitu saja, “cool”, jom cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi
apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu
bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang. Bentuk
badan kamu ramping dan kurus, kamu mesti serlahkan kecantikan agar lelaki
tertawan denganmu,” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, dicarilah fesyen
pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada
masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja
yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Maka,
pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya ikutan di kalangan wanita muslimah,
semakin hari semakin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka
wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi
telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian
yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan
idea baru seperti “cool” dan “vogue”, dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini
membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, bukankah sebaiknya dibelah
hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih
kelihatan lincah dan energetik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar
dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha
ternyata lebih selesa, terutamanya ketika duduk atau naik kenderaan. “Yah….
tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting selesa dan simple,” katanya.
Inilah tahap-tahap awal syaitan merosak
kaum wanita, sehingga ke tahap ini pakaian masih tetap kekal dan panjang, hanya
fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i
yang sebenarnya. Maka kini syaitan memulakan tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu
daya lain yang lebih “power” dan berani, tujuannya agar para wanita menampakkan
bahagian aurat tubuhnya dan kelihatan seksi.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada wanita, “Baju
panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit
bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas
mata kaki.”
Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang
terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan
lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan,
ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”
Maka para wanita yang terpengaruh dengan
bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan
kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia
lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka
syaitan kembali berbisik, “Terbukti manusia menyukai apa yang kamu lakukan,
mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah
kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih
menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Bukankah
itu lebih seksi dan menggoda siapa sahaja lelaki yang melihat?
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu
telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan
syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar
telah berubah, syaitan telah berjaya membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang
si wanita berfikir, apakah ini tidak bertentangan dengan suruhan agama. Namun
bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah zaman sudah berubah! Sekarang
zaman moden, mesti ikut perkembangan fesyen terkini, nanti orang gelar
ketinggalan zaman pula.”
Tetapi? Apakah itu tidak menjadi fitnah
bagi kaum lelaki.
Fitnah?
Ah…… itu kan zaman dulu, ketika itu kaum
lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita
mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang
sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang
terbuka, malah senang dan mengatakan “ooooh!” atau “wow! hot girl”, bukankah
ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah,
kerana sama-sama suka?
kerana sama-sama suka?
Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini,
dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya
memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini.
Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita kampung.
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan
seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan
sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan
melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis
menjadi pakaian seharian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan
syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja,
sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka,
sehingga benar-benar kelihatan indah.”
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan
bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga
lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan
berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat
beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian
rasmi, pakaian malam, petang, dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek
separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,
semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil
untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya
menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk
mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya
sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi,
kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang disebut “bikini”.
Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan
syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”
“Selanjutnya terserah kamu wahai wanita,
kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki dan di tempat umum. Aku berlepas
diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan,
engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu”
Syaitan tak ingin ambil risiko.
PENUTUP
Demikian halusnya cara yang digunakan
oelhsyaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa dan tidak
perasan. Maka hendaklah kita semua, terutamanya orang tua jika melihat gejala
menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita, bersegeralah diambil tindakan.
Jangan biarkan berlarutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan,
maka akan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya.
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Membiarkan mereka membuka aurat bererti
merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para
wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang
menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Sumber: http://muslimdoktor.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan