1. Sikap Keibuan
Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki. Ingat, itulah antara tanda salah satu sifat yang membuatkan suami anda jatuh cinta ketika di awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia.
2. Keanak-Anakan
Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan. Asalkan wajar dan tidak melampau. menbuat suami terasa untuk menlindungi .
3. Penuh Pengertian
Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Misalnya, jika suami anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluar kata-kata kesat dan tuduhan.
4. Menghargai
Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga dan sangat mensyukuri kehadiran anda.
5. Menjaga Penampilan
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.
6. Pandai Berbicara
Lelaki amat tertarik dengan wanita yang pandai berbicara dan boleh di ajak berbual. Biarpun topik yang dibualkan bukan kegemaran anda, tetapi anda harus bijak mendengar dan memberi respon kepada perbualannya.
7. seorang yg menjaga amal solleh dengan baik
sentiasa menjaga solat, sangat sayangkan sunnah nabi, tidak mendedah aurat kepada lelaki lain bukan mahramnya..
ada lagi sifat lain :)
Salam 'alaik.
BalasPadamMungkin juga boleh ditambah rajin beribadah.
Sifat wanita yang disukai Tuhannya, insyaAllah.
amrah hazwani terima kasih :)
BalasPadamsemoga kita tergolong dlm kalangan perempuan begini.ameen:-)
BalasPadam