Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Sabtu, 29 Oktober 2011

Surah Penyembuh..


Surah ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, al-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama fatihah sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai 22 nama, sama ada secara tauqif daripada Nabi atau ijtihad para sahabat.

Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.

Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul dan al-Tha’labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.

Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A’rabi, al-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah: “Menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.”

Pendapat yang ketiga ini diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat.

Keistimewaan dan fadhilat surah al-Fatihah

Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah, antaranya:

Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla.

Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab.

Dua cahaya yang digembirakan oleh Malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.

Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.

Kelebihan al-Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya: “Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik.”

Aku pun baca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): “Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya awak berjampi dengan sebenarnya.”

Inilah sebahagian daripada fadhilat al-Fatihah.


Inti pati dan kandungan surah al-Fatihah

Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul al-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyrik, iktiqad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesakannya dalam beribadat, minta pertolongan dan doa’ Mohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solihin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru, dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud asas.



Al-Syahid Hasan al-Banna dalam risalahnya – Mukadimah fi al-Tafsir – berkata: “Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.”

Al-Syahid Syed Qutub dalam tafsirnya – Fi Zilal al-Quran antara lain berkata: “Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati aqidah Islamiyyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.”

Al-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma’arij al-Tafakkur membahagikan intipati al-Fatihah kepada empat, iaitu:

Pertama : Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.

Kedua : Tuntutan Allah terhadap hambanya beribadat dan bergantung kepadanya tanpa sekatan dengan yang lain.

Ketiga : Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.

Keempat : Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.

Justeru, dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala intipati al-Quran.


Tafsir ayat pertama

Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”


Makna ayat ini ialah, akan mulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.

Ibn Jarir berkata: “Sesungguhnya Allah mendidik Nabi-Nya Muhammad SAW dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunnah bagi sekalian makhluknya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.”

Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat yang pertama yang diturunkan dalam surah al-‘Alaq. Justeru, Allah muqaddimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah al-Taubah, ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini mohon rahmat sedangkan surah al-Taubah mengisahkan tentang perang atau hukuman Allah.

Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah ia akan terputus.”

Hadis ini dihasankan oleh al-Nawawi, maksud ‘terputus’ di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat.

Al-Alusi dalam kitabnya – Ruh al-Ma’ani berkata: “Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak?”

Abu Bakar al-Tunisi menaqalkan ijmak ulama bahawa Allah muqaddimah setiap kitab-Nya dengan basmalah.

Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah iaitu Allah, al-Rahman dan al-Rahim. Allah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hai manusia kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.”

Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri ‘Allah’ yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. Inilah ajaib nama ini.

Perbezaan antara Allah dan Ilah, iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak sekutukan dengan yang lain yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya.

Sebaliknya Ilah menunjukkan umum sama ada kepada Allah, Tuhan yang sebenar atau tuhan-tuhan yang bathil lainnya.

Al-Rahman dan al-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Al-Rahman dan al-Rahim apabila disekalikan sebutan memberi makna yang berbeza, di mana al-Rahman lebih umum dan di dunia ini sedangkan al-Rahim khusus untuk ahli taat di hari akhirat. Sebaliknya, apabila disebut al-Rahman atau al-Rahim sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.

Hikmah dikhususkan sebutan al-Rahman dan al-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara:

Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah, Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan ibadah memohon kepada-Nya.

Nama al-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru, dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.

Kenapa disebut dengan nama Allah, tidak Allah sahaja?

Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Jawabnya: “Dengan Allah, tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya, justeru tidaklah menjadi masalah.”

Kedua, al-Allamah Abu Su’ud membezakan antara sumpah dan minta berkat, ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin.

Matlamat bacaan basmalah

Antara faedahnya ialah tabarruk dengan nama Allah, membesarkannya, menghalau syaitan, menzahirkan kelainan daripada musyrikin yang menyebut dengan berhala masing-masing, keamanan bagi orang takut, ikrar ketuhanan, iktiraf nikmat dan pertolongan kepada Allah.

Disunat bacaan basmalah pada beberapa keadaan

Dalam melayari kehidupan, amat perlu digantung harap kepada Allah dalam segala urusan apatah lagi yang penting dan besar. Bacaan basmalah amat sesuai dan dan perlu dalam keadaan seperti berikut:

Dalam urusan-urusan yang besar, seperti surat Rasulullah s.a.w kepada Raja-raja Rom, Parsi dan lain-lain. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ali bin Abi Thalib dan lainnya.

2. Ketika wuduk. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Abi Hurairah.

Ketika masuk masjid. Seperti riwayat Ahmad dan Ibn Majah daripada Fatimah al-Zahra.

Ketika masuk rumah. Seperti riwayat Abu Daud daripada Abi Malik al-Asy’ari.

Ketika keluar rumah. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Ummu Salamah.

Ketika menaiki kenderaan. Seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ali bin Rabi’ah.

Ketika menutup pintu. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Jabir.

Ketika makan dan minum. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Aisyah RAnha.

Ketika sembelih binatang. Seperti hadis muttafaq alaih daripada ‘Abayah bin Rifaah daripada datuknya.

Ketika masuk pasar. Seperti riwayat al-Tabarani, al-Hakim dan lain-lain daripada Buraidah.

Ketika hendak tidur. Seperti riwayat Abu Daud dan al-Hakim daripada Abi al-Azhar.

Ketika pagi dan petang. Seperti riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan lain-lain daripada Uthman bin Affan.

Ketika sangat sakit dan lapar. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas.

Ketika mendatangi ahli. Seperti riwayat Syaikhan dan Imam Ahmad daripada Ibn Abbas.

Secara umumnya, bacaan basmalah disunatkan pada perkara ibadah dan juga perkara yang harus tidak dalam perkara haram. Ini kerana perkataan – zi-bal – dalam hadis ialah sesuatu yang waras atau ada faedah kemuliaan seperti kata Allamah al-Munawi.

Beberapa permasalahan feqah

Basmalah adakah daripada al-Fatihah. Terdapat tiga pendapat ulama dalam masalah ini:

a) Termasuk daripada ayat al-Quran untuk semua surah kecuali surah Bara’ah bagi memisahkan antara surah diletakkan basmalah.

b) Termasuk daripada surah al-Fatihah. Inilah mazhab Syafie.

c) Termasuk daripada surah al-Fatihah dan muqaddimah setiap surah.

Dan setiap pendapat mengemukakan hujah-hujah dan dalil-dalil masing-masing. Ulama’ feqah menyebut dalam kitab masing-masing secara panjang lebar khususnya imam al-Tabarani mengarang kitab khusus dinamakan – Ahkam al-Basmalah – mengisbatkan bahawa basmalah termasuk dalam al-Fatihah. Inilah pendapat yang rajih ulama’ tafsir seperti al-Alusi, al-Qurtubi, Ibn Kathir dan ramai lagi dengan menghuraikan panjang lebar dalam kitab masing-masing.

Ancaman daripada membuang nama-nama Allah dan ayat-ayat daripada kitab-Nya atau hadis Rasulullah s.a.w ke tanah/bumi /tempat keji

Riwayat Abu Daud daripada Umar bin Abdul Aziz bahawa Nabi pernah melintasi satu kertas yang jatuh di bumi dan bertanya kepada pemuda: “Apa ini?” Jawabnya: “Terdapat bismillah padanya.” Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Allah melaknat sesiapa yang melakukannya, jangan kamu letak bismillah kecuali pada tempatnya.”

Sebaliknya, memeliharanya boleh dikurnia Allah dengan hikmah seperti riwayat al-Baihaqi dalam ‘Syuab’nya daripada Abi Abd Rahman al-Sulami pada menceritakan Mansur bin Ammar bahawa beliau didatangkan hikmah, sebabnya dia mendapati perca kertas di atas tanah tertera kalimah basmalah. Diambilnya tetapi tiada tempat untuk disimpannya lantas ditelannya. Pada malamnya dia bermimpi ada suara berkata kepadanya: “Sesungguhnya Allah membuka pintu hikmah dengan kemuliaanmu terhadap perca kertas itu, selepas itu dapatlah dia bercakap dengan hikmah.”

Al-Imam al-Qusairi juga mengkisahkan kisah yang hampir sama tentang Bisr al-Hafi. Justeru, sayugialah dimuliakan kalam Allah dengan sebesar-besar takzim kerana ia melambangkan ketakwaan hati.

rujukan :)
http://ummatanwasatan.net/2009/04/surah-al-fatihah/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd