Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Jumaat, 21 Oktober 2011

Perbualan Nabi Muhammad SAW dan Iblis


Nabi SAW: Apakah rahsia engkau kepada umatku?

Iblis: Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.

Nabi SAW: Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal dengan engkau?

Iblis: Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak, maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan,durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.

Nabi SAW: Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?

Iblis: Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.

Nabi SAW: Siapakah orang yang paling engkau suka?

Iblis: Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.

Nabi SAW: Hai Iblis!! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?

Iblis: Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-peerempuan muda itu, maka hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandanglah lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya.

Nabi SAW: Hai Iblis!! Dimana tempat engkau berdiam?

Iblis: Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dan sebagainya. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka.

Nabi SAW: Hai Iblis!! Siapakah yang menyokong engkau?

Iblis: Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah!! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan ucapannya itu. Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan.

Nabi SAW: Hai Iblis!! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang.

Iblis: Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur dan berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya.

Allah SWT: Hai Malaun (yang dilaknat-Iblis)!! Demi kebesaranku dan ketinggianku! Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammmad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu.

Iblis: Ya Rasulullah!! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah. Pertama, mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat. Kedua, mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Allah SWT: Hai Malaun!! Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan, Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa), bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (Iblis) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaku.

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalauu Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.


rujukan : http://qurratuaini78.blogspot.com/2011/07/perbualan-nabi-muhammad-saw-dan-iblis.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd