Semoga separuh masa pertama Ramadhan ni dah dimanfaatkan sebaik mungkin. Dah merancang untuk separuh masa kedua? Penting merancang Ramadhan, aktiviti sebulan, aktiviti setiap hari, setiap minit dan setiap saat. Dan amat penting juga untuk merancang sebelas bulan selepas Ramadhan ini. Bagaimana nak praktikkan Ramadhan sebelum Ramadhan akan datang.
Kita bukan 'seasonal muslim' tau.
Ramadan Muslims & the not-so-halal-meat-market at Eid.
We can't afford to be part time Muslims.
http://www.youtube.com/watch?v=K9CxtZpDrXQ
Akak nak kongsi satu tips yang akak sangat suka. Dan selalu akak ingat dan praktikkan.
Solat tahajud. Akak tahu, time bulan Ramadhan ni mesti ramai yang bercita-cita, berazam untuk bangun malam (qiamulail), solat-solat sunat, baca Quran. Syabas!!!
Dan satu solat yang akak takkan tinggal bila bangun malam, Qiamulail ialah solat tahajud.
Kenapa?
Akak pernah dengar seorang sheikh beri nasihat tentang solat tahajud ini. Dan akak pegang sampai sekarang.
"Kalau kita mahukan sangat-sangat sesuatu dalam hidup ini, dan kita tak laksanakan tahajud untuk itu, sebenarnya kita taknak pun perkara itu"
Sheikh YAsir Qadhi
Tersentak akak dengar, dan terus akak amalkan solat tahajud ni. Kenapa sheikh ni kata macam ni? Sebab solat tahajud kita lakukan bila bangun malam. Dan orang yang betul-betul berazam nak bangun malam, dan berusaha(mujahadah) untuk bangun malam, menunjukkan yang dia mahu sangat-sangat!!! Berusaha (^^)
Yela, dah tidur sedap-sedap. Pastu nak bangun pula. Kalau kat Jepun, bila kena time musim sejuk, subhanAllah... boleh bayangkan betapa seksanya nak bangun, nak ambil wuduk, nak keluar selimut..
Dan Allah tidak akan sia-siakan usaha adik-adik itu nanti. InsyaAllah.
Kita semua berazam, mahu menjadi golongan yang berjaya dunia dan akhirat. Mahukan yang terbaik di dunia dan di akhirat. Nak gi Jepun, nak lulus exam, nak lulus exam akhirat. Nak jadi muslimah solehah. Nak jadi anak solehah, nak jadi isteri solehah (ehem) dan seribu satu keinginan lagi.
Bulan Ramadhan, syaitan-syaitan tengah kena ikat ni.. Moga-moga kurangnya gangguan-gangguan ni, memudahkan bangun malam kita. Dan istiqamah solat tahajud kita. Nanti dah biasa, senanglah next time. InsyaAllah..
Boleh 'jentik' tepi je kalau syaitan kacau (^^)
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (al-isra':79)
Sabda Rasulullah s.a.w.: “sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.”(riwayat Muslim)
Ganbarimashou~! (^^)/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan