Selain dari peristiwa perang Badar, ada satu lagi peristiwa penting di dalam sejarah Islam yang berlaku pada 17 Ramadhan. Peristiwa tersebut adalah peristiwa kematian Saidina Ali r.a., Khalifah keempat setelah dibunuh di dalam satu pengkhianatan oleh Ibnu Muljam. Peristiwa ini berlaku di Kufah, ibu negara Islam pada masa itu.
Ketika Saidina Ali r.a. sedang nazak kesakitan, beliau memperbanyakkan membaca zikir 'la ilaha ilallah'. Di hujung hayatnya, beliau telah memberikan wasiat kepada anak-anaknya, Hasan dan Husain r.a. Wasiat tersebut telah ditulis oleh mereka.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia naik saksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.
"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama." (Al-An'am: 162-163)
Di antara kandungan wasiat beliau adalah:
- Bertaqwa kepada Allah.
- Islam adalah agama yang benar sehingga akhir zaman.
- Tidak berpecah-belah sesama manusia.
- Berbuat baik kepada anak-anak yatim.
- Menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga.
- Kepentingan membaca dan beramal dengan al-Quran kerana isinya adalah benar sehingga akhir zaman.
- Kepentingan menjaga solat kerana solat itu tiang agama.
- Kepentingan menjaga rumah Allah iaitu masjid, surau dan sebagainya. Rumah Allah perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
- Kepentingan bulan Ramadhan untuk umat manusia kerana puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari Neraka.
- Kepentingan berjihad di jalan Allah.
- Kepentingan zakat untuk menyucikan diri dan harta.
- Berbuat baik kepada isteri, fakir miskin dan hamba-hamba yang dimiliki.
- Tolong-menolong dalam hal kebaikan dan jauhi khianat & pecah-belah.
- Jauhi segala larangan Allah dan lakukan segala perintah-Nya.
Selepas wasiat ini, Saidina Ali r.a. tidak mengucapkan kalimah lain selain 'la ilaha ilallah' dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَKatakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[Sur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan