Nasi Ayam Hainan
Bahan-Bahan:
Bhn A
1/2 ekor ayam
3 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis
sedikit madu dan garam
Perap 30 minit semua bhn diatas
Bhn B (Kicap Bijan)
250 ml air
1 ketul kiub ayam knor/maggi
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair maggi (kalau pakai kicap biasa pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
(if takde myk bijan, beli jer bijan..goreng..minyak goreng bijan tu guna sebagai gantinya..sedapp jugak apa..)
Didihkan bhn B hingga sebati
Bhn C
100 gm Cili hidup
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar cuka
Gula dan garam ikut rasa
Blender kesemua bahan diatas
Bhn D
1000 ml stok ayam
3 cm halia - dimayang
3 ulas bwng putih - di mayang
1 bungkus sup bunjut
Daun ketumbar atau daun sop dan daun bawang
Renihkan bhn diatas untuk dijakan sup
Bhn E
3 pot beras
3 cm halia dimayang halus
6 biji bawang putih dimayang halus
2 helai daun pandan (kerat 3)
Air Stok ayam mengikut citarasa lembut nasi
Cara:
a)untuk menumis nasi
1. Tumis Bhn E hingga naik wangi.
2. Selepas tu masukan air stok ayam,
3. Masukan garam
4. dan daun pandan serta beras.
5. Masak seperti biasa.
b). Ayam digoreng seperti biasa.
Cadangan Hidangan:
1. Hiris timun dan tomato kemudian letakkan didalam pinggan.
2. Potong ayam dan letak diatas timun & tomato tadi.
3. Tuangkan Bhn B di atas ayam
4. Taburkan sedikit bijan.
5. Sedia dihidangkan.
Nota:
* Ayam jangan digoreng terlalu lama. Ayam boleh menjadi keras. Nasi Ayam Hainan akan bertambah sedap bila ayamnya lembut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan