Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Khamis, 18 Ogos 2011

kurang air, bahaya bagi darah (tip sihat

Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap system kerja darah dan ginjal adalah sangat besar.

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah. Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat transportasi oksigen dan zat-zat makanan pun boleh terganggu.

Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental maka ginjal harus kerja ekstra keras. Kemungkinan besar ginjal akan rosak dan berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis.

Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah. Sehingga fungsi sel-sel otak tidak berjalan dengan optimal dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Kondisi tersebut akan semakin memicu timbulnya masalah stroke. Karena itu jangan sampai kekurangan air!!!

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

  1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

  2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

  3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

  4. Tekanan darah menurun

  5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

  6. Lesu pada waktu siang

  7. Sakit belakang

  8. Dehidrasi

  9. Sakit kepala

  10. Memperlahankan kadar metabolisma

  11. Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

  12. Sendi dan otot mengalami kekeringan

  13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

  14. Meningkatkan keinginan untuk makan

  15. Darah menjadi pekat

  16. Mudah keliru.

  17. Degupan jantung meningkat

  18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan


Jadi bnyak-bnyak la minun air masak :)

1 ulasan:

  1. macam ada je tanda2 ni..tp rasa dah bnyk minum air.bukak puasa pun minum air masak je..

    BalasPadam

mcd

mcd