Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Sabtu, 6 Ogos 2011

5 Peranti Baru BlackBerry

Seperti mana yang dinantikan, akhirnya, kini Research In Motion, iaitu syarikat disebalikBlackBerry telah pun memperkenalkan sehingga lima peranti baru yang mana akan menggunakan sistem operasi terbaru mereka, iaitu BlackBerry OS 7, dan akan mula dijual tidak lama lagi.

Seperti sedia maklum, dua daripada peranti tersebut telah diperkatakan dan diperkenalkan sejak sebelum ini lagi, iaitu BlackBerry Bold 9900 dan juga BlackBerry Bold 9930 yang mana turut juga dipanggil sebagai BlackBerry Bold Touch, dimana masing-masing membawakan sokongan skrin sentuh dan juga papan kekunci QWERTY padanya. Seperti pernah diperkatakan sebelum ini, ianya turut sama didatangkan dengan sokongan NFC padanya.

Selain Bold Touch, Research In Motion turut sama memperkenalkan sehingga tiga model BlackBerry Torch yang baru, iaitu BlackBerry Torch 9810, 9850 dan juga 9860. Seperti Torch sebelum ini, Torch 9810 membawakan skrin seluas 3.2-inch, manakala Torch 9850 dan juga 9860 membawakan skrin sebesar 3.7-inch padanya.


Seperti diperkatakan pada awal artikel, kelima-lima peranti ini akan didatangkan bersama-sama dengan BlackBerry OS 7 padanya, dan masing-masing didatangkan dengan cip pemprosesan 1.2GHz dan juga memori sebanyak 768MB RAM.

Kesemua peranti tersebut akan diperkenalkan dipelbagai pasaran terpilih bermula bulan ini diseluruh dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd