Kisah bagaimana ketika nabi Ibrahim A.S. dibakar oleh raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu. Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
“apa gunanya air yang setitis itu?” burung besar menyindir.
“untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab
burung kecil.
“ha..ha..ha.. usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu
dipadamkan oleh setitis air?” ejek Burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya:
“aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan
usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah
aku lakukan untuk memadamkan api itu..”
mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kita umpama burung kecil tadi dalam usaha memerangi zionis
israel.siramlah walau “setitis air” untuk memadamkan keganasan.
Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam
dihadapan Allah nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan