LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat
Facebook...
yang membuatkan saya secara manualitik menangis..
Isteri yang terbaik.
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana
ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada
ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya
selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak
mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori
kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan
mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik
dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang
dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk
membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada
asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras
rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan
agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk
pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga
dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai
teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai
antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial
sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu
jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana
pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat
saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari
jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia
tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah
wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri
saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia
akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan
mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan
makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia
bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat
ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan
geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia
menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi
rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan
saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya
sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin
menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama
nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia
mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa
berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya
akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan
bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya
tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang
bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya
saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan
saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang
paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan
saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan
setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan
atau perasaan keji mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan
saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki
yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam
keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang
kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit
sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke
pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri
tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan
minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu
saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan
saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi
lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu
lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya
suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang
menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika
itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya
lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi
saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan
saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus
kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang
merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati
saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin
pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan
maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan
menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya
sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak
yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad
kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup
dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis
bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah
hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang
melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana
beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan
sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana
tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi
semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi
katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri
baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis
…sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di
hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan
bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung
semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan
dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya
kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa
saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di
telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan
lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu
dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia
ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu
itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia
nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari
saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah
saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya
teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut
abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang
ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang
abang….selamanya."
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan
begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya
merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk
tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka
yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk
berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda
akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah
ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah
masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya
baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah
sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah
copyright....tajuknya now and forever by richard mark.
P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah
kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk
langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu
mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)
MGM Grand Detroit Casino & Hotel - MapYRO
BalasPadamFind 광주 출장안마 your way around the casino, find where everything is located with the 김포 출장안마 MapYRO 동해 출장안마 Realtime service. Find 충주 출장마사지 the best 구리 출장샵 deal and click the "Join Now" button to start