Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Ahad, 4 Ogos 2013

Allah, masih tersisakah waktu buatku?


Bismillahirrahmanirrahim..

Malam itu HUjan sngt lebat..aku duduk merenung dinding.. Bermain-Main di kepala KU KETIKA ITU....TAUBAT.. 
Sebenarnya, aku sering diingatkan dengan pesanan, “sebelum tidur, solat taubat dulu ye! Sebab kita ni tak tahu bila Nayawa kita akan ditarik..kot-kot la waktu tidur nanti..”aku solat taubat tapi amat jarang sekali..dan kadang-kala aku rasa seperti hati ini kosong..mata ini tidak mampu MENAngis ketika solat..

Malam itu aku berazam untuk solat taubat setiap hari sebelum tidur..dan entah kenapa malam itu seperti hati ini ditiupkan dengan satu perasaan yang ganjil..dan mindaku bagai terlayar segala dosa-dosa silam yang aku rasa cukup untuk membuatkan aku berasa sangat kerdil dimata Illahi..

Malam itu, air mata ini jatuh membasahi bumi..menangis kerana takut..sungguh, aku takut..takut kalau-kalau saat nyawa ini ditarik, aku masih belum mendapat keampunan Illahi..

KATA orang..
kalau Allah kurniakan rasa ingin bertaubat dalam diri kita, itu adalah satu nikmat dari Allah SWT..
Malam itu juga ketika aku membaca tafsir surah Al-Mulk, aku rasa takut yang amat sangat..
Sudah merasa amankah kamu bahawa Dia yang dilangit tidak akan membuatkan kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia tergoncang? atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang dilangit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatanKu.. (Al-Mulk,67:16~17)
Tiada jaminan untuk aku berasa selamat di atas muka bumi ini..tiada jaminan yang hari esok masih ada lagi buatku..tiada jaminan aku akan selamat di akhirat kelak sekiranya aku ini tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli syurga..rasa takut itu menyelubungiku sehingga aku tidak dapat melelapkan mata malam itu..

Allah,
masih tersisakah waktu buatku?

masih terbukakah pintu taubat itu buatku?
masih adakah ruang untukku disyurgaMu kelak?

Ya Allah,
pandanglah aku si pendosa ini sekali lagi,
kasihanilah aku..ampuni aku..
aku sedar Ya Allah,

jika dihitung amalanku, sedikit pun aku tidak layak memasuki syurgaMu,
tapi Ya Allah,

aku amat takut akan azabMu diakhirat kelak..
pandanglah aku sekali lagi Ya Allah,
tiupkanlah rahmat dan hidayahMu kepadaku..

ampunilah aku Ya Allah, ampunilah aku Ya Rahman, ampunilah aku Ya Rahim..

 Hadis riwayat Abu Hurairah ra:

Dari Nabi saw. bersabda: Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosaku”. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum karena dosa itu. Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa, lalu berdoa lagi: Wahai Tuhan-ku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyiksa karena dosa itu. Kemudian orang itu melakukan dosa lagi, lalu berdoa: Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum karena dosa itu serta berbuatlah sesukamu, karena Aku benar-benar telah mengampunimu..

CARA SOLAT TAUBAT CLICK BAWAH :
http://indahnya-mimpi-ini.blogspot.com/2011/10/cara-solat-sunat-taubat.html

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd