Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Rabu, 27 Mac 2013

BOLEHKAH MAKANAN YANG KITA MAKAN AKAN MEMBERI KESAN PADA SUSU IBU?



1) Rasa

Rasa makanan dan rempah yang anda makan boleh dipindahkan ke susu ibu. Bayi biasanya suka dengan rasanya hingga menggalakkan dia menyusu untuk tempoh jangka panjang. Segelintir bayi akan menghisap lebih lama apabila rasa tersebut baru diperkenalkan. Rasa ini turut membantu bayi mengenali makanan keluarga di masa akan datang.

2) Warna

Warna sesetengah makanan boleh dipindahkan melalui susu ibu. Sebagai contoh, pengambilan lobak merah yang banyak akan membuatkan susu berwarna kejinggaan, buah naga pula akan menimbulkan warna merah jambu dan sayuran hijau akan menyebabkan susu menjadi kehijauan. Walaubagaimana pun, jangan risau kerana kesan-kesan itu tidak memudaratkan bayi kita. Bagi ibu-ibu yang mengambil suplemen pula susu akan berwarna kekuningan dan urin pula berwarna kekunungan juga kerana pengambilan B Complex yang mana di dalamnya ada riboflavin (warna oren).

Benarkah pengambilan minuman sejuk atau berais akan menyebabkan kembung perut pada bayi?

Sebenarnya ibu boleh makan apa sahaja dengan syarat biarlah bersederhana dan seimbang. Jangan sesekali menghadkan pengambilan makanan kerana ia terbukti boleh memberi masalah kepada bayi. Jika bayi kembung selepas menyusu cuba selidik semula apa yang kita makan sebelum 4-6 jam dahulu. Makanan yang membuatkan bayi akan kembung biasanya kubis, brokoli, kangkung ataupun kekacang. Pengambilan kafein, buah-buahan sitrus (limau), jagung, produk tenusu (yogurt, keju, coklat), lada hitam, ubat-ubatan tertentu, suplemen zat besi, bawang, kacang tanah, makan berempah, tomato dan gandum sebenarnya boleh buatkan bayi kembung. Tetapi harus diingatkan tidak ada lagi kajian mengatakan ibu yang ambil makanan tersebut akan buatkan bayi kembung. Jika bayi mengalami alahan cuba pantau semula apa yang kita makan dan cuba berhentikan dahulu 1-2 minggu untuk melihat kesannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd