Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Ahad, 30 Disember 2012

Sampaikanlah kepada para WANITA...



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita
yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap
titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami
yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan
tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang
dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana
pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai
mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki.Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..

Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang
layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya

rasanya menuju ke sana lantaran godaan
syaitan & hawa nafsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd