Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Rabu, 26 Disember 2012

PUASA SUNAT 10 MUHARRAM (ASYURA)

PUASA SUNAT 10 MUHARRAM (ASYURA)

:: Galakan Berpuasa ::

Aisyah rha. telah berkata: “Pada hari Asyura orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam di Madinah baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya” (HR Bukhari & Muslim)

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.: Ibnu Abbas ra. pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura’, dia menjawab: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehari untuk mencari keutamaan hari itu atas hari-hari yang lain selain pada hari ini. Begitu pula (saya tidak pernah melihat beliau) berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, bulan Ramadan. (HR Muslim)

:: Dalil pensyariatan ::

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura. Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun. Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.” Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.” (Shahih Muslim No.1910)


Hadis riwayat Abu Musa ra., dia berkata: “Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan orang-orang Yahudi dan dijadikannya sebagai hari raya. Kemudian Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berpuasalah kalian pada hari Asyura’ tersebut.” (Shahih Muslim No.1912)

:: Fadhilat ::

Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang.” Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.” (HR Muslim).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mcd

mcd