'' Mengingat Dosa bukan untuk putus asa, tapi untuk insaf''
Sekali buat salah bukan bermakna salah untuk selama-lamanya. Putus asa sangatlah dicela. Ianya ibarat mengurangkan atau
hilang sepenuhnya kepercayaan terhadap Allah yang memiliki sifat
pengampun dan Dia adalah yang ‘Maha Pengampun’. Memberi maksud, sangat
hebat dan luasnya pengampunan Allah.
Bagi saya mengingati dosa untuk insaf tidak ada salahnya. Tapi jika
sebaliknya, mengingat dosa sampai tak tahu nak buat apa, sampai hilang
kebergantungan kepada Tuhan Pencipta, maka itu juga adalah sebaliknya. (
salah ).
Justeru, setiap manusia mesti ada rasa insaf dalam diri bagi
mencetus rasa untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi hamba yang
mulia di sisi Tuhannya.
Bagi yang sering terperangkap dengan mainan ungkapan ‘putus asa’
dengan dosa, bangkitlah ! kerana keampunan Allah sentiasa terbuka untuk
hambaNya yang yakin dengan Maha Pengampunannya.
Ingatlah dosa untuk insaf, jauhi putus asa !
لاتقنطوا من رحمة الله
Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah ( Surah Az-Zummar : 53 )
Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan