( tolong share juga, ape pengorbanan kita utk saudara islam kita? apa jawpn kita bila disoal depannya nanti..?? )
Allah swt akan menarik rasa gerun dan rasa takut orang-orang kafir terhadap umat islam. Mengapakah keadaan ini akan berlaku?? Keadaan ini berlaku disebabkan umat islam terlalu cintakan dunia dan takutkan mati.
Allah swt akan menarik rasa gerun dan rasa takut orang-orang kafir terhadap umat islam. Mengapakah keadaan ini akan berlaku?? Keadaan ini berlaku disebabkan umat islam terlalu cintakan dunia dan takutkan mati.
*Sabda Rasulullah SAW: "Umat-umat yang lain akan meratah, memusnahkan
dan menyerang kamu sebagaimana orang-orang yang meratah makanan yang
terhidang di dalam hidangan mereka"
Para sahabat bertanya:" Adakah ketika itu bilangan kami sedikit wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:" Tidak, bahkan bilangan kamu pada masa itu ramai, tetapi kamu pada masa itu umpama bunyi air banjir. Allah mencabut perasaan gerun terhadap kamu dari dalam hati musuh-musuh kamu dan kemudian Allah memasukkan wahan ke dalam hati kamu"
Para sahabat bertanya:" Apa itu wahan wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:"Cintakan dunia dan takutkan mati"
Tidak gerunkah kita terhadap kenyataan yang disabda oleh Rasulullah
saw lebih 1000 tahun yang dulu? Cuba kita perhatikan dan hayati apa yang
saudara kita di Rohingya hadapi? Astaghfirullah.... sedih dan gerun
rasanya bila Allah menurunkan bala-Nya.
Etnik Rohingya ditindas kejam
Terbaca di salah satu laman berita utusan, menyatakan tindakan
kekerasan yang dilakukan ke atas etnik minoriti Rohingya beragama Islam,
memaksa mereka meninggalkan negeri Rakhine, barat Myanmar, bagi mencari
perlindungan. Inilah antara bukti umat Islam akhir zaman dan inilah
bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Baginda tidak hidup di zaman ini, namun Allah telah ceritakan kepada
baginda dan kemudin menyampaikannya pula kepada kita. Sebagai umat
islam, seharusnya kita merasai apa yang mereka rasai. Ibarat paha kiri
dicubit, paha kanan turut terasa. Banyak lagi perumpaan yang menitik
beratkan tentang persaudaraan, namun untuk menerapkannya di dalam
kehidupan seharian tidak seiring dengan banyaknya perumpaan yang ada.
Sedikit malah ada yang kurang berperasaan apabila melihat gambar-gambar
mangsa terpampang jelas di laman-laman sosial yang ada. Matanya hanya
melihat, Sifat empati kurang dirasa kehadirannya, hatinya kekadang lupa
untuk mendoakannya.
Apakah punca-puncanya?:
Sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas, puncanya hanya 2;
1) Terlalu mengejar kemewahan dunia tanpa mengira halal dan haram.
2) Tidak membuat persiapan untuk menghadapi kematian.
2) Tidak membuat persiapan untuk menghadapi kematian.
Marilah kawan-kawan kita bersama tanamkan rasa takut kepada bala
Allah swt dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh Allah swt dan
meninggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah swt, seperti:
1) Menjaga halalnya sumber rezeki .
2) Membuat persiapan untuk kita bertemu Allah swt dengan jujur dan ikhlas
3) Tidak memfitnah orang, dan tidak membicarakan perkara-perkara yang kita tidak tahu kebenarannya.
2) Membuat persiapan untuk kita bertemu Allah swt dengan jujur dan ikhlas
3) Tidak memfitnah orang, dan tidak membicarakan perkara-perkara yang kita tidak tahu kebenarannya.
4) Jauhi mengumpat. Sesungguhnya mengumpat itu sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh Rasulullah SAW ialah; "Mengumpat itu ialah engkau menyebut tentang saudaramu yang mana perkara itu dia benci sekiranya dia mengetahuinya.". Dan Maksud 'saudaramu' dalam hadis ini adalah saudara yang sama beragama islam.-UAI
5) Buat sesuatu kebaikan dan meninggalkan larangan hanya kerana Allah swt.
Sudah terlalu ramai umat Islam yang dibunuh dan dizalimi yang
terpampang di kaca tv, di corong-corong radio, hatta tersebar pantas
melalui internet kini sangat-sangat mengguris hati kita. Marilah kita
sama-sama doakan saudara seislam kita di seluruh dunia. Jika kita tidak
mampu untuk membantu mereka dengan tangan dan lidah, maka kita bantulah
mereka dengan doa.
Rasulullah SAW bersabda;
Abu Sai'id
Al-Khudri RA katanya: "Aku telah mendengar Rasullullah sallahu
alaihiwassalam bersabda: sesiapa daripada kalangan kamu, yang melihat
kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak
mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu
maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan hati itu adalah
selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita dan semoga Allah berikan
mereka kekuatan dan kebaikan. Berkat kesabaran mereka, semoga Allah
tempatkan mereka di jannah.
* (Hadith Sahih, diriwayatkan oleh Abu Daud (4297), Ahmad
(5/287), dari hadith Thaubah Radhiyallahu anhu, dan disahihkan oleh
Al-Albani dengan dua jalannya tersebut dalam As-Sahihah (958).
sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4927-umat-islam-akhir-zaman.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan