Bismillahirrahmanirrahim..
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

Allahumma salli ala muhammad wa ala aali muhammad..



Info-info Terbaru.

Jangan lupa pi blog ni ye…
(
nak copy ape dalam blog ni.. copy je ye...Tak Perlu Minta Izin...^_^)
2) keindahan-cinta-darimu
3) kejujuran-dariku
4) home
5)wanita-sekarang
6) panas-malam-pertamaku

Sabtu, 25 April 2015

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W..

Allahumma salli ala muhammad wa aali muhammad........ ‪#‎sentiasa‬Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W ..
Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).
5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).
Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:
1. Memperolehi selawat dari Allah.
2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
4. Menghapuskan dosa.
5. Mendapat pertolongan
6. Tercapai keperluan hidup.
7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
8. Memperolehi nur zahir dan batin.
9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.
Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.
Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah

Ahad, 16 November 2014

al-quran Vs Injil








































































Isnin, 10 November 2014

aku ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat ni.. Entah dari mana la datangnya..

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat ni.. Entah dari mana la datangnya.. Mak aku yang suruh.. Dia kata budak ni baik la, alim la, pandai la.. Lepas tu, terus kami kawin..

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir jugak la rumah tangga kami.. Dan yang aku paling tak tahan tu, dia memang selalu saja buat aku sakit hati.. Eiiiii… Geramnya aku..!! Mana tak nya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku.. Then lepas basuh, nak jadi cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku.. Haihhh, memang sakit hati.. Baju baru kot.. Mahal lagi..!! Then, bila aku tanya dia kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna, dengan slumber dia kata ”Lah.. Awat tak tanya…” Eiii.. Geramnya aku..!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku p shopping.. Ok, fine.. Aku ikut je la.. Weekend la katakan.. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pegi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. HILANG..!! Aku cari jugak dekat-dekat area situ.. Kot-kot ada tapi, memang hampeh.. Aku try call, tak angkat.. Call lagi pun tak angkat.. Huhh.. Tension betul..!! Then, aku amik keputusan tunggu dekat kereta je.. Seminit, lepas tu dua minit, lepas tu, SEJAM KOT..!! Huhh.. Memang sakit hati betul..!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana..? Kenapa call tak angkat..? Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. Gi shopping la sayang.. Oh, ada call ek..? Allah, lupa nak bagi tau.. Terlupa bawa hanset.. Hehe..” Eiiii.. Geramnya aku..!!

Seminggu lepas tu, dia kata teringin nak makan ayam masak berempah dengan masak lemak cili api.. Ok fine, aku masak je.. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat.. Tapi, boleh lah kalau setakat nak makan kan.. Aku hidang bagi dia makan.. Masa first time dia suap dekat mulut tu, aku bajet dia nak kata apa-apa.. Tapi dia diam.. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan.. Habis makan pun tak kata apa.. Aku pun confuse.. Dia ni no respond.. Sedap ke tak.. Hmm.. Kalau ikut aku la, orang yang masak ni la kan, aku rasa ok je lah.. Tapi, tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh..

Esok pulak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku pulak buat hal.. Tak boleh start.. Panik jugak ar aku time tu.. Malam dah ni.. Nak masuk Isyak dah.. Haihh.. Time aku balik keje lewat2 lah, keta nak buat hal.. Then, aku call dia.. Yang aku tak boleh tahan tu, dia dengan slumber kata, “Lah awat la call saya.. Call la mekanik.. Ingat call saya keta awak boleh jalan..?” Eiii… Geramnya aku..!! Tapi, dia mai jugak lepas tu.. Ada la dia check apa entah dekat depan bonet tu.. Dan lepas start, terus boleh.. Hmmm, dalam hati aku kata, “Bleh la jugak mamat ni nak diharap.. Mekanik kecil-kecilan, janji free..”

Satu hari, dia ada bagi tau yang dia kena p outstation dekat overseas.. Dia kata p kejap je.. 2 MINGGU..!! Hmm.. Aku memang no komen lah.. Dia nak p buat keja dia.. Tak kan nak kata tak boleh kot.. Keja arkitek.. Biasalah.. Busy la kot.. Tapi, memang agak sakit hati jugak lah.. Boleh dia lesap macam tu je.. Lepas2 naik flight kot-kot la nak call bagi tau dah sampai ke, ada dekat mana ke, tapi, memang hampeh..!! Langsung dia tak call..!! Kot-kot la nak bagi emel ke, tapi memang tak dak… Kosong inbox..!! Eiii.. Geramnya aku..!!

Pagi tu, aku basuh baju.. Ok.. Sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna.. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh.. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.. Jeng3.. Huishh.. Siap dengan surat lagi.. Suratnya berbunyi begini :



Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.. Jangan marah-marah ek.. Hehe.. Saya bukannya apa.. Saja tulih surat ni.. Bosan.. Tak tau nak buat apa.. Hihi..

Pertama sekali, saya nak bagi tau lah, mungkin awak tak kenal saya.. Tapi, saya kenal je awak.. Sejak awak darjah 6 lagi kot..!! Haha.. Eh, awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya dekat umah awak time tu..? Masa tu, saya nampak awak dok main masak-masak dekat belakang umah.. Hahaha.. Memang sangat lucu.. Saya nampak awak macam ‘anak patung’.. Comel sangat.. Ishkk, awak ni, tak perasan ke..?

Keduanya, sori la pasal hal shopping tu.. Memang saja je, saya tak mau bawa hanset time tu.. Hihi.. Takot terkantoi.. Ye la, saya p cari baju awak kot..!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tu.? Huh, memang tension.. Susah betul nak cari.. Memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari.. Hihi..

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak.. Hmm, mesti awak bengang kan sebab saya no respond.. Huhu.. Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot.. Ikut jam dinding dekat umah kita.. Ishkk.. Awak ni, tak perasan ke..?

Keempatnya, time keta awak rosak.. Hmm.. Awak tau tak saya CANCELLLL kan appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak p dekat awak..?Lepas tu, jenuh saya nak pujuk diorang balik.. Tau tak saya langgar semua traffic light merah..? Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai dekat awak..?Ishkk.. Awak ni.. Tak perasan ke..?

Tapi lepas saya tahu saya kena p outstation dekat overseas, saya lagi seronok.. Happy gile.. Sebab saya tahu, awak mesti rinduuu dekat saya kan, kan2..? Saya memang saja je tak call awak.. Hihi.. Tapi, saya ok je.. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat ni.. "Wow, look at the Eiffel Tower..!! Fuyoo..!! Cantik kot..!!" Hahahahahaaaaaaaa.. Jangan jeles.. (^_^)

Last but not least, awak, awak jangan nakal-nakal ek..? Sebab saya saaaaayang awak…

p/s : Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni.. Hihi..

Ahad, 9 November 2014

"KENAPA TAK ROGOL SAYA" ??? *





Kisah benar ini berlaku di US . Ia
 tentang seorang wanita dari MALAYSIA yng bekerja di US . dia memakai
tudung dan memiliki akhlak yang bagus . Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya . Kebetulan dia mengambil
 jalan singkat untuk pulang . Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu . 

Disebabkan hari yang
 agak sudah lewat , berjalan di jalan yang agak gelap
 sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut . Lebih2 lagi dia
berjalan berseorangan . Tiba2 dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih
 Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu . dia sudah mula rasa
takut dan tak sedap hati . 

Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah
berdoa kehadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya . Dia baca ayat
kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu . Masa
 dia melepasi tempat lelaki itu bersandar , dia sempat menoleh dan
mengecam muka lelaki itu . Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai kerumah . 

Keesokan paginya , wanita ini
terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang
lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya
10minit selepas dia melintasi lorong tersebut . Muslimah ini yakin benar
 lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu . Atas
rasa tanggungjawab , dia terus kebalai polis dan buat aduan . Wanita ini
 dapat mengenal pasti suspek melalui camera sisi tv ade di kawasn tu dan selepas siasatan dilakukan , polis dapat bukti bahawa suspek tersebut adalah perogol yang dicari . 

Tapi perempuan ni hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan
masatu , tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia .
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya , Jadi dia minta kebenaran polis
untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan . 

Dia pun
tanya perogol tuu "Why dont you do anything to me on that night even
though you know that i'm alone ?" Perogol tu jawab "No , you're not
alone . that night i saw two young man walking with you . One on your
right side and the other one was by your left side . If you were alone ,
 of course you will be my victim ." 

Wanita ini rasa amat terkejut bila
dengar penjelasan perogol itu . Dia bersyukur kehadrat Allah kerana
memelihara dia malam itu . Mungkin juga berkat ayat kursi yang dia baca
malam itu ." terbaek kuasa Allah , copy n paste.          ‪#‎Nasihat‬ buat kaum hawa ~ -pelihara lh aurat kamu , nescaya ALLAH akn pelihara kamu INSYAALLAH .. ツ

mcd

mcd